Kadar Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

Kadar Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA

Kadar Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA – Kadar maksimum subsidi yuran pengasuhan adalah sebanyak RM180.00 sebulan bagi seorang kanak-kanak. Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih rendah daripada kadar subsidi, maka subsidi ini diberi mengikut kadar yuran sebenar.  Jika yuran pengasuhan kanak-kanak lebih tinggi daripada kadar subsidi, maka lebihan perbezaan yuran tersebut adalah di bawah tanggungan ibu bapa/penjaga kanak-kanak yang berkenaan.

NAMA PROGRAM

Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA.

Anda punyai anak yang sedang diasuh di TASKA? Ini berita baik untuk anda kerana, Jabatan Kebajikan Masyarakat membuat Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA maksimum RM180 sebulan untuk seorang kanak-kanak.

Subsidi ini bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa yang berpendapatan rendah, menyediakan peluang kepada kanak-kanak mendapat asuhan dan didikan awal yang lebih baik di TASKA & seterusnya secara tidak langsung menyumbang ke arah pembangunan modal insan yang berkualiti, sihat dan seimbang.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Kanak – kanak
Berumur di bawah 4 tahun;
Kanak-kanak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pangasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar; dan
Mendapat asuhan & didikan awal secara bulanan di TASKA yang berdaftar dengan JKM, kecuali TASKA Komuniti.

Ibu Bapa / Penjaga
Ibu/bapa/penjaga adalah warganegara Malaysia;
Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 800.00 sebulan bagi kawasan bandar;
Pendapatan perkapita ibu bapa/ penjaga adalah RM 500.00 sebulan bagi kawasan luar bandar(Sila rujuk perincian pengiraan untuk pendapatan perkapita seperti di Lampiran A.);

TASKA / Penjaga
Pengusaha adalah warganegara Malaysia;
TASKA berdaftar dengan JKM;
Mempunyai bank akaun yang aktif atas nama TASKA; dan
Pengusaha TASKA yang memohon Subsidi Yuran Pengasuhan hendaklah mengemaskini maklumat kanak-kanak di dalam Pusat Data Kanak-Kanak Kebangsaan (National Child Data Centre) bagi tujuan semakan dan pemantuan pihak JKM.

Dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan subsidi yuran pengasuhan kanak-kanak TASKA seperti berikut:-

IBU BAPA/ PENJAGA
Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) yang lengkap berserta dokumen dibawah:

– Salinan kad pengenalan ibu bapa/ penjaga;
– Salinan MyKid/ sijil lahir kanak-kanak/ sijil anak angkat/ pelihara;
– Salinan resit yuran bulanan TASKA;
– Salinan kad OKU bagi kanak-kanak OKU;
– Salinan sijil kematian/ sijil cerai bagi ibu bapa/ penjaga (jika berkenaan);
– Salinan penyata pendapatan ibu bapa/penjaga. Sekiranya tiada penyata pendapatan, kemukakan surat pengesahan pendapatan dari majikan atau pengesahan pendapatan oleh Ketua
– Kampung/ Penghulu/ JKKK/ kakitangan awam kumpulan Pengurusan dan Profesional; dan
– Salinan sijil lahir/ kad pengenalan bagi ahli keluarga yang ditanggung.

Nota: Borang YP1 bersama dokumen di atas hendaklah dihantar kepada pengusaha TASKA.

PENGUSAHA TASKA

Borang YP1 yang diisi lengkap dan Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) berserta dengan dokumen seperti dibawah:

– Salinan kad pengenalan pengusaha;
– Salinan sijil Perakuan Pendaftaran TASKA;
Salinan penyata akaun bank atas nama TASKA yang disahkan;
– Surat akuan/ pengesahan pengusaha sekiranya TASKA menggunakan akaun pertubuhan atau perkongsian; dan
– Semua salinan dokumen yang dikemukakan oleh ibu bapa/ penjaga kanak-kanak.

Nota: Semua dokumen di atas hendaklah dihantar kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian berkenaan

KELULUSAN

– Selepas permohonan diluluskan, pengusaha TASKA/ ibu bapa/ penjaga akan dimaklumkan keputusan dan pembayaran wang subsidi akan disalurkan ke dalam akaun TASKA.
– Pengusaha TASKA hendaklah menandatangani Borang YP5 (Borang Akuan Penerimaan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak).
– Pengusaha juga bertanggungjawab memaklum dan mengesahkan pemberian subsidi yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga kanak-kanak, dan membuat bayaran balik yuran pengasuhan kepada ibu bapa/ penjaga (jika ada).
– Borang YP6 (Kad Rekod Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak) hendaklah ditandatangani oleh ibu bapa/ penjaga sebagai akuan penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA.

TEMPOH PERMOHONAN

Tempoh permohonan dari pengusaha TASKA adalah selama 2 bulan, bermula 1 Januari setiap tahun.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM melalui talian:-
No. Tel: 03 – 8000 8000

CARA PERMOHONAN

1) Sila lengkapkan Borang YP1 (Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-Kanak TASKA) dari Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
2) Isi Borang YP1 dikemukakan kepada pengusaha TASKA yang berdaftar dengan JKM berserta dengan dokumen sokongan.
3) isi Borang YP1 & Borang YP2 (Borang Senarai Semak Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan Kanak-kanak TASKA) dikemukakan oleh pengusaha TASKA kepada Pegawai Diberi Kuasa Daerah/ Jajahan/ Bahagian yang berkenaan untuk disemak dan disahkan.
4) Permohonan terus daripada pengusaha TASKA/ibu bapa/penjaga kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri tanpa melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan/ Bahagian/ Cawangan berhampiran adalah tidak akan dipertimbangkan.

BACA JUGA INFO: Duit KWSP 200K Sebelum Pencen

Subsidi Yuran Pengasuhan

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment