PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 3
PEMBAYARAN BANTUAN STR FASA 3 – STR 2023 akan kembali diteruskan pada bayaran Fasa 3.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 merupakan salah satu usaha kerajaan untuk membantu rakyat dari segi kos sara hidup dan pembelian barangan asas.
Semak sini: Permohonan Bantuan Kewangan RM2500 Golongan B40 & M40
Semak juga: Minima SPM Layak Memohon!, Jawatan Kosong Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)
JUMLAH BAYARAN
Pembayaran STR Fasa 3 adalah maksimum RM 800 berbanding RM 200 bagi STR Fasa 2 lepas.
semak gambar di bawah:
KATEGORI YANG TERIMA BAYARAN
Semua penerima STR 2023 layak terima STR Fasa 3 kecuali Kategori Isi Rumah Berpendapatan RM 2,501 hingga RM 5,000 yang TIADA ANAK sahaja yang tidak terima STR Fasa 3.
Selain itu, bayaran turut dikreditkan kepada setiap pemohon yang lulus membuat permohonan pada Mac lalu.
Bermula Fasa 3, jumlah bantuan yang masuk adalah mengikut kemas kini yang dilakukan oleh setiap penerima (sekiranya ada).
TARIKH BAYARAN
Pembayaran STR Fasa 3 dijangkakan bakal dikreditkan pada bulan Julai 2023 ini.
Tetapi, mengenai tarikh rasmi bayaran pula belum diumumkan setakat ini.
Sumber: Utusankerjaya