Jumlah Dividen Tahunan KWSP 2022 dan Cara Semakan
Jumlah Dividen Tahunan KWSP 2022 dan Cara Semakan – Dividen itu diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada taklimat prestasi kewangan KWSP di sini pada hari sabtu kelmarin.
Amir Hamzah berkata, jumlah pembayaran bagi keseluruhan dividen bagi 2022 adalah sebanyak RM51.14 bilion kepada 15 juta ahli, dengan Simpanan Konvensional sebanyak RM45.44 bilion, manakala Simpanan Shariah sebanyak RM5.7 bilion.
Cara Semakan Dan Jumalah Dividen Tahunan KWSP 2022. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini, mengumumkan agihan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus untuk Simpanan Shariah bagi tahun 2022.
KWSP mengumumkan kadar dividen 5.35% untuk Simpanan Konvensional dengan jumlah pembayaran RM45.44 bilion dan 4.75% untuk Simpanan Shariah dengan jumlah pembayaran RM5.70 bilion, menjadikan jumlah pembayaran untuk 2022 berjumlah RM51.14 bilion. Kadar Dividen Tahun Sebelumnya
la lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi Simpanan Konvensional sebanyak 6.10% dan 5.65% untuk Simpanan Syariah.
Jumlah Dividen Tahunan KWSP 2022 dan Cara Semakan
Kadar itu juga terendah sejak 2020 bagi Simpanan Konvensional (5.20 peratus) dan terendah bagi Simpanan Syariah, sejak skim itu mula diperkenalkan pada 2017.
Dari segi pendaftaran ahli pada 2022, Amir Hamzah memaklumkan, KWSP mencatat pertumbuhan pendaftaran ahli baharu sebanyak 635,989, menjadikan jumlah ahli KWSP kepada 15.72 juta setakat Disember 2022.
“Daripada jumlah itu, sebanyak 8.39 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 16.7 juta tenaga buruh Malaysia pada akhir 2022,” katanya.
Beliau memaklumkan, sehingga 31 disember 2022, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan kasar yang lebih rendah iaitu rm55.33 bilion, berbanding rm68.89 bilion pada 2021, didorong oleh ketidaktentuan pasaran dan penilaian pasaran ekuiti dan pendapatan tetap yang lebih lemah.
Jumlah Dividen Tahunan KWSP
Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
Pada 2022, KWSP mencatatkan pendapatan pelaburan kasar sebanyak RM55.33 bilion, dengan RM6.83 bilion diperuntukkan kepada Simpanan Shariah.
Semak Juga: BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RM 300 FASA 3 : SEMAK SEKARANG!
Mohon Juga: Bantuan KWSP Tambahan RM 480 Seorang -Semak Kelayakan Anda!
Cara Semakan Dividen KWSP
Semakan secara online bole dibuat melalui portal i-Akaun (Ahli); https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
-Tekan log masuk melalui link laman portal di atas
-Masukkan User ID
-Pastikan imej keselamatan adalah betul (semasa pendaftaran) berdasarkan frasa rahsia yang didaftarkan sebelum ini.
-Masukkan kata laluan dan klik log masuk
Bagi ingin mengetahui berapa baki simpanan KWSP anda, semakan boleh dibuat dengan melalui beberapa cara berikut:
-Hadir sendiri di cawangan KWSP terdekat
-Semakan melalui kiosk KWSP
-Secara online melalui i-Akaun