Jumlah Bantuan BKM Keluarga Malaysia (BKM) yang disenaraikan Untuk bantuan Kategori Keluarga Malaysia 2022
Berikut Kami kongsikan kepada anda syarat untuk memohon bantuan ini.
Berita baik bagi keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai bantuan sebanyak RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia. Nilai bantuan ini lebih banyak berbanding sebelum ini yang hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800.
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah / Jumlah Bantuan BKM
Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:
Sudah Berkahwin
Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022
Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
- RM800: Lebih 3 orang anak
- RM600: 1-2 orang anak
- RM400: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
- RM2,000: Lebih 3 orang anak
- RM1,500: 1-2 orang anak
- RM1,000: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
RM300: Warga Emas
RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Cara Membuat Permohonan / Jumlah Bantuan BKM
- Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.
- Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.
Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/
Tarikh Pembayaran Jumlah Bantuan BKM
Setakat ini tiada tarikh terperinci bilakah pembayaran BKM 2022 akan dilaksanakan. Namun begitu, pembayaran dijangkan akan bermula pada bulan Mac 2022. Kami akan kongsikan maklumat pembayaran kepada anda dari semasa ke semasa.
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Permohonan baharu dan pengemaskinian maklumat boleh dibuat bermula 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022. (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa)
Tarikh Rayuan BKM
Rayuan boleh dikemukakan secara online pada 2 Mei sehingga 2 Jun 2022 manakala rayuan secara manual bermula pada 9 Mei sehingga 2 Jun 2022.
Rujuk Juga: Cara Permohonan Rayuan BKM
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/
Sumber: blogrojak
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ Jumlah Bantuan BKM ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih