JPNIN : Pengambilan Jawatan Kosong Di JPNIN
JPNIN : Pengambilan Jawatan Kosong Di JPNIN. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Baca Di Sini : Permohonan Online Kwsp i Lindung Baharu 2022 Terkini
Syarat-syarat Kelayakan JPNIN
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu ada sebelum memohon jawatan kosong di jpnin, Semak kelayakan berikutnya.
Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia.
Maklumat Jawatan
PEMBANTU OPERASI – GRED N11
Gelaran Jawatan: Penolong Guru Tabika Perpaduan
Taraf Jawatan: Kontrak
Agensi: Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Bilangan Kekosongan: Lima Belas (15)
Gaji: RM1,216 – RM2,983
Elaun:
Imbuhan Tetap Perumahan: RM300
Imbuhan Tetap Khidmat Awam: RM95
Elaun Bantuan Sara Hidup: RM350
Cara Memohon
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon hendaklah mengisi borang permohonan jawatan secara lengkap dan dilampirkan bersama salinan dokumen-dokumen sokongan (disahkan) berikut:
Kad Pengenalan;
Sijil Kelahiran;
Sijil Berhenti Sekolah;
Sijil Peperiksaaan PMR, PT3 atau yang setaraf dengannya;
Lesen Memandu jika ada;
Salinan sijil Vaksinasi C-19.
Ia kemudinnya perlu dihantar ke alamat:
Pengarah,
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(Kementerian Perpaduan Negara)
Tingkat 27, Menara TH Selborn,
No.153, Jalan Tun Razak
50400 KUALA LUMPUR
Tarikh tutup permohonan pada 29 JULAI 2022, JUMAAT.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan borang permohonan boleh dirujuk DI SINI.