Jawatan Kosong Tetap di UiTM Seri Iskandar Untuk Dimohon ~ Tarikh Tutup: 04 April 2021

Jawatan Kosong Pembantu Jurutera di UiTM Seri Iskandar

Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)/Penolong Jurutera Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar

Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan tetap di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
   zz
zz1

Syarat Kelayakan

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
  3. Sijil akademik di bawah:
    • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,549.00); atau
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred JA29: RM1,935.02).

SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

  1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN

  1. Pegawai yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Kemahiran, Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19, AB22 dan AB26, Penjaga Jentera Elektrik dan Merinyu Tali Air adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan :
    1. Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) ; atau Lulus Peperiksaan Khas ; dan,
    2. Had umur pelantikan berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun ; ATAU berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun ; ATAU berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

zz2

zz3

Cara Memohon

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA (BORANG PERJAWATAN UiTM 76/13 (III) Pindaan 8/2006) yang boleh didapati sendiri di Pejabat Pentadbiran, Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar atau boleh juga diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Perak di https://perak.uitm.edu.my/index.php

Sila tekan link di sini untk melihat borang perjawatan UiTM.

Sila kemukakan permohonan kepada:

TIMBALAN PENDAFTAR KANAN
PEJABAT PENTADBIRAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN PERAK
KAMPUS SERI ISKANDAR
32610 BANDAR SERI ISKANDAR
PERAK DARUL RIDZUAN
NO.TEL: (05) 374 2000

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

  1. Pemohon-pemohon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMAS KINI.
  3. Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN :
    • Kad Pengenalan
    • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
    • Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda (Skrol dan Trankskrip Akademik Terperinci)
    • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
    • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji
    • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat)
  4. Nama bidang dan jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
  5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses.
  6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga.
  7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
  8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak

 

b2

Jawatan Kosong Tetap di UiTM Seri Iskandar Untuk Dimohon ~ Tarikh Tutup: 04 April 2021

Lokasi Kekosongan: Perak

Tarikh tutup permohonan: 4 April 2021 

Baca iklan rasmi penuh jawatan kosong oleh UiTM di sini.

 

Baca juga: Permohonan GKP 3.0 RM1,000 One-Off Untuk PKS ~ Inisiatif Terbaharu PEMERKASA Mulai 1 April Ini! di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment