Peluang Jawatan Kosong Sebagai Juruteknik Komputer
Mohon Peluang Kerjaya di Kolej Poly-Tech MARA KPTM
Kolej Poly-Tech MARA KPTM Alor Setar mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berintegriti, komited dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan di Koley Poly-Tech MARA
Syarat Kelayakan
Para calon yang hendak mengisi jawatan sebagai juruteknik komputer di Kolej Poly-Tech MARA KPTM hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah:
- Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf; serta
- Kepujian dalam Bahasa Melayu/Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Keutamaan adalah kepada calon-calon yang memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang berkaitan
- Warganegara Malaysia,
- Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan,
- Mempunyai minat untuk bekerjaya
- Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
- Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas merangkumi penyelenggaraan sistem komputer seperti penyelenggaraan pencegahan dan penyelenggaraan kelengkapan IT serta tugas-tugas penyelenggaraan aplikasi pengkomputeran dan operasi sistem dalam organisasi.
Cara-Cara Memohon
Calon-calon yang memenuhi kriteria seperti diatas adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan dengan melampirkan salinan dokumen yang disahkan seperti berikut:
- Surat iringan permohonan
- Keterangan peribadi (resume) dan gambar terkini berukuran passport
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil kelahiran
- Salinan sijil-sijil akademik berkaitan
Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada: [email protected]
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temu duga.
Jawatan Kosong 2021: Jabatan Alam Sekitar JAS Putrajaya
Lokasi kekosongan: Kedah
Tarikh tutup permohonan: 10 Mac 2021
Sila baca juga Lebih 200 Kursus Latihan Industri PERCUMA Untuk Rakyat Malaysia: e-LATiH Kursus Terbuka Secara ONLINE.
Selamat maju jaya!