Jawatan Kosong Terbuka di Jabatan Perangkaan Malaysia

Jawatan Kosong Personel MySTEP (Pembanci) di Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor

Kekosongan Temuduga Terbuka: Banci Penduduk & Perumahan Malaysia 2020

Jabatan Perangkaan Malaysia membuka peluang pekerjaan kepada Warganeraga Malaysia yang ingin membina kerjaya di Jabatan Perangkaan Malaysia Johor sebagai Personel MySTEP. Calon yang berkelayakan diseru untuk menghantar permohonan jawatan kosong ini melalui cara-cara yang ditetapkan.

Jawatan yang disediakan adalah:

  • Pembanci

Syarat Lantikan Jawatan

Para calon yang hendak mengisi jawatan sebagai Personel MySTEP di Jabatan Perangkaan Malaysia Johor hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia,
  • Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan,
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan setaraf dengannya
  • Calon hendaklah familiar dengan kawasan tempatan dan boleh bertutur memahami Bahasa komuniti setempat.
  • Berkemahiran mengendalikan aplikasi telefon pintar
  • Kemudahan telefon alih: Calon mestilah mempunyai Telefon Pintar (smartphone) minimum storage 250MB minimum free space, RAM 2GB, Display Resolution 720p, GPS, AGPS, Connectivity: 3G HSPA 7.2MBit/s. OS: IOS 12.4.5. CPU: Apple A9. Android: Android 7.0 (Nougat), 4 cores, 1.4GHz equivalent. (Keutamaan untuk yang mempunyai data plan)

Tempoh lantikan: 1 Mac 2021 – 20 Mei 2021

Gaji maksimum: RM1,600.00

Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, KWSP, SOCSO

Cara Memohon

Sila pergi terus ke temuduga terbuka pada 28 Februari 2021 bertempat di alamat di bawah:

Jabatan Perangkaan Malaysia, 

Pejabat Gerakan Batu Pahat,

Tingkat 3, Bangunan Gunasama Persekutuan,

Jalan Bakau Condong,

83000 Batu Pahat,

Johor.

Sebarang pertanyaan sila terus hubungi talian 07-2253700/710 iaitu Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Johor.

Sila tekan di sini untuk melayari laman web rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia.

jawatan kosong

 

Jawatan Kosong Terbuka di Jabatan Perangkaan Malaysia

Lokasi kekosongan: Johor

Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2021

 

Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment