Pengambilan Terbaharu 2021: Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Permohonan Kerjaya di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Pengambilan Program PROTÉGÉ Ready To Work Tenaga Nasional Berhad (TNB) FASA 7 2021.

 

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjemput Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai PROGRAM PROTÉGÉ Ready To Work TNB FASA 7 2021 dan memohon secara atas talian (online).

tnb3

Apa itu PROTÉGÉ?

  • Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTÉGÉ) merupakan satu Unit di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC).
  • Objektif utama PROTÉGÉ adalah selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030 melalui Teras 1: Membudayakan Keusahawanan Dalam Segenap Lapisan Masyarakat serta menyokong aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 melalui Teras 3 : Transformasi Modal Insan, PROTÉGÉ melaksanakan inisiatif-inisiatif untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran dan kemahiran keusahawanan dalam kalangan graduan menganggur dan terbuka kepada pelbagai bidang pengajian.
  • Antara instrumen penting di bawah PROTÉGÉ untuk meningkatkan potensi kebolehpasaran graduan menganggur mendapatkan peluang pekerjaan adalah melalui program PROTÉGÉ – Ready To Work (PROTÉGÉ-RTW)
  • Program ini melibatkan latihan penempatan dan bimbingan bersama syarikat-syarikat yang mengambil bahagian bagi tempoh 12bulan termasuklah di stesen-stesen TNB / Anak Syarikat TNB seluruh Malaysia

 

Struktur Latihan

Tempoh keseluruhan pelaksanaan PROTÉGÉ-RTW di Tenaga Nasional Berhad adalah 12 bulan yang terdiri dari 2 komponen latihan iaitu:
a) Soft-skills Training
b) On-the-Job Training

tnb2

 

Syarat Kelayakan Program

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal (kuasa), Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Sains Komputer / Teknologi Maklumat, Perakaunan, Kewangan, Pengurusan Pentadbiran / Sumber Manusia / Pentadbrian Awam / Statistik, Business Analytics, Pemasaran Antarabangsa, Psikologi, Undang-Undang dan diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam / Agensi Kelayakan Malaysia (Yang bersesuaian dengan bisnes TNB).
  • SPM/SPMV dengan kredit dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik serta lulus matapelajaran Pendidikan Islam / Pendidikan Moral.
  • Had umur tidak melebihi 27 tahun.
  • Graduan ijazah dari dalam dan luar negara yang masih belum mendapat pekerjaan
  • Graduan yang bekerja tetapi pekerjaannya tidak setara dengan kelayakan akademik (underemployed).
  • Sanggup mengikuti latihan di mana-mana fungsi dan lokasi unit bisnes TNB atau Anak Syarikat TNB.
  • Keutamaan kepada graduan yang mempunyai pendapatan isirumah yang rendah (Golongan Keluarga Berpendapatan dalam kategori B40 & M40), tiada masalah kesihatan dan masalah keluarga (seperti kekangan untuk menjaga ahli keluarga).
  • Tidak pernah menyertai sebarang Skim Latihan 1 Malaysia bersama Tenaga Nasional Berhad sebelum ini.

 

Apa faedah menyertai PROGRAM PROTÉGÉ-RTW ini?

  • Elaun Saraan sebanyak RM2,000 sebulan.
  • Kelayakan Cuti  Tahunan
  • Potongan PERKESO & EiS
  • Bayaran balik rawatan perubatan

 

Cara-Cara Memohon

Peluang ini boleh didapati dengan memohon secara online di laman web rasmi TNB.

Sila tekan di sini untuk memohon untuk menyertai program ini.

 

Lokasi kekosongan: Pelbagai Negeri

Tarikh tutup permohonan: 13 Februari 2021 (Sabtu)

 

Berminat untuk membina kerjaya bersama kementerian dan agensi kerajaan? Sila klik link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment