Jawatan Kosong Kerja Sukarelawan 2021 di PPV
Memanggil para pemohon yang ingin menjadi sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negara yang akan dilaksanakan di 605 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh Malaysia. Dengan mendaftarkan diri, anda boleh memilih untuk berkhidmat di kawasan anda mengikut masa pilihan anda sendiri.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Ogos 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Syarat Lantikan Jawatan
Calon yang mempunyai kelayakan dan berhasrat untuk menjadi sukarelawan di PPV ini hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti. Ini adalah kerana, syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza bagi setiap skop kerja yang dimohon.
- Berumur 18 tahun ke atas
- Mempunyai Nombor Perubatan APC/ARC yang sah (hanya untuk Sukarelawan Kesihatan SAHAJA)
- Sihat dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik atau ketidakupayaan
- Tidak mempunyai risiko pendedahan kepada jangkitan Covid-19 dalam tempoh 14 hari
Jumlah ganjaran yang diberikan
Bayaran saguhati sukarelawan akan diberikan mengikut kadar seperti di bawah:
- RM50 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama dua sesi atau sepanjang tempoh waktu operasi PPV
- RM25 untuk setiap sukarelawan yang bertugas selama satu (1) sesi selama enam (6) jam
- Kad pengenalan diri dan vest akan diberikan kepada setiap sukarelawan yang bertugas.
- Di akhir program PICK, sijil untuk setiap sukarelawan juga akan dikeluarkan.
Cara-Cara Memohon
Kerja Sukarelawan ini boleh dimohon melalui cara-cara yang ditetapkan seperti yang dibawah:
Jawatan Kosong Sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin Elaun RM100/Sehari
Lokasi kekosongan: Seluruh Negara
Tarikh tutup permohonan: Terbuka sepanjang ada kekosongan
–> Sila baca Permohonan Tuntutan Bantuan MySalam Covid-19 Sehingga RM700!