Jawatan Kosong di KKM Seluruh Negara
Peluang Kerjaya Sebagai Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 (Cara Kerja)
Kementerian Kesihatan Malaysia di Seluruh Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti di bawah:
- Keterampilan yang baik;
- Semangat yang tinggi dalam berkerja secara berkumpulan;
- Bakat kepimpinan;
- Ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
- Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan
Syarat Lantikan Jawatan
Berikut adalah syarat lantikan jawatan bagi mereka yang berminat untuk mengisi kekosongan ini:
- Pemohon hendaklah seorang Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pemulihan Perubatan (pertuturan, audiologi, cara kerja, fisioterapi) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (gaji permulaan adalah pada Gred U41: RM2,429.00)
Sila tekan link di sini untuk melihat syarat kelulusan yang lebih lanjut (Syarat Kelayakan Bahasa Melayu dan Syarat Peningkatan Secara Lantikan serta Keperluan Bidang yang ditetapkan oleh Jabatan).
Cara-Cara Memohon
Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan/mengemas kini permohonan secara dalam talian (online) melalui Portal Rasmi Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9).
Sila tekan link di sini untuk mengakses permohonan di portal tersebut untuk mengisi jawatan kosong ini.
Sila tekan link di sini untuk mengetahui gaji minimum dan maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi jawatan ini.
Jawatan Kosong SELURUH NEGARA Kementerian Kesihatan Malaysia <– Mohon Sebelum 26 Mac 2021!
Lokasi kekosongan: Seluruh Negara
Tarikh tutup permohonan: 26 Mac 2021 (Jumaat), jam 11:59 malam
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!