Iklan Jawatan Kosong Keperluan Segera di Pusar GENIUS @ Pintar Negara
Kekosongan di UKM Sebagai Penolong Pereka B29 – Kontrak
Pusat GENIUS @ Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia memanggil anda warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang dari 18 tahun yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
JAWATAN: PENOLONG PEREKA KONTRAK (B29)
TARAF JAWATAN: KONTRAK
TEMPOH LANTIKAN: 1 TAHUN (MENGIKUT PENILAIAN PRESTASI TAHUNAN)
TARIKH IKLAN: 22 FEBRUARI 2021
TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 7 MAC 2021
Deskripsi Tugasan
- Bertanggungjawab membantu Pusar untuk menyediakan perlbagai promosi bercetak (contoh: poster, banner, bunting)
- menyediakan pelbagai bahan promosi digital (pada website dan media sosial Pusat)
- menyediakan bahan-bahan multimedia (termasuk suntingan grafik, video dan audio) dan hasil kreatif lain bersesuaian dengan kegunaan Pusat (contoh: fotografi, 3D modelling & animasi)
Syarat Kelayakan Akademik
- Mempunyai pengalaman yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang seni reka dan/atau seni lukis serta berkebolehan bertutus, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM 1,499.00) atau
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta mendapat Prinsipal dalam subjek Seni Visual pada peringkat peperiksaan tersebut. (Gaji permulaan ialah pada Gred B29: RM 1,499.00) atau
- Diploma dalam bidang Seni Kreatif, Seni Bina Dalaman, Seni Lukis atau Seni Reka, animasi, komunikasi, massa, multimedia, grafik komunikasi, fotografi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada B29: RM1,777.78)
Cara-Cara Memohon
Sila emel resume/CV yang lengkap dan PORTFOLIO kepada [email protected]
Calon yang layak selepas tapisan sahaja dan dipanggil menghadiri temuduga. Jika calon TIDAK MENERIMA SEBARANG MAKLUMAT SELEPAS 2 MINGGU DARI TARIKH TUTUP PERMOHONAN. CALON DIANGGAP GAGAL MELEPASI SARINGAN PERTAMA.
Sila tekan link di sini untuk pergi ke laman web rasmi UKM.
Jawatan Kosong Pusat GENIUS @ Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia (Keperluan Segera)
Lokasi kekosongan: Selangor
Tarikh tutup permohonan: 7 Mac 2021
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!