Jawatan Kosong MIROS 2023
Jawatan Kosong MIROS 2023 – Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sebagaimana berikut.
Syarat Lantikan Jawatan Kosong MIROS 2023
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a)Warganegara Malaysia;
(b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(c) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
(ii) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(iv) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Jawatan Kosong MIROS 2023
Jawatan Kosong MIROS 2023
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Ringkasan Tugas
-Bertanggungjawab dalam membantu tugas-tugas berkaitan ujian kenderaan.
-Sebagai petugas yang menjaga litar dan peralatan yang berada di MT3, Sepang.
-Mengawal dan memantau kebenaran memasuki litar MT3.
-Menjalankan lain-lain tugas-tugas yang berkaitan projek dari semasa ke semasa.
Jawatan Kosong MIROS 2023
Jawatan : Pegawai Kontrak Projek (Setara Gred Q19)
Taraf : Kontrak Projek
Bilangan Kekosongan : Satu (1)
Klasifikasi : Penyediaan dan pembangunan
Kumpulan : Pelaksana
Jadual Gaji : RM1,300.00
Insentif : RM572.00
Baca Juga: Benarkan Pengeluaran Khas KWSP Melalui Akaun 2
Cara Memohon
1. Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun pada pautan yang diberikan di bawah.
2. Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:
-Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
-Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
-Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan).
-Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan.
-Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) https://www2.mqa.gov.my/esisraf/kelayakan.cfm
3. Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
4. Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Tarikh tutup permohonan adalah pada 17 Mac 2023 (Jumaat) jam 5:00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.
Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.
Muat turun borang permohonan jawatan disini
Sila kongsikan info jawatan kosong ini pada rakan-rakan yang lain. Semoga memberi manfaat bersama. Sila klik pada button share di bawah untuk berkongsi.