Iklan Jawatan Kosong di Negeri Terengganu – Ketengah Holding Sdn Bhd
2 Jenis Jawatan Untuk Dipenuhi di Ketengah Holding Sdn Bhd
Permohonan daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa bagi memohon jawatan di Ketengah Holding Sdn Bhd dalam perkhidmatan Kumpulan Pelaksana. Keutamaan akan diberi kepada pemohon yang menetap di Negeri Terengganu Darul Iman.
Jawatan Yang Tersedia Dan Syarat Lantikan Jawatan
Nama Jawatan: PENOLONG KURATOR ( 1 kekosongan)
Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
Gred/Jadual Gaji: RM1,493.00 – RM5,572.00
Taraf Jawatan : Kontrak
Syarat Lantikan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang seni lukis, seni reka, seni halus, seni bina, sains permuzium, teknologi maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan
- Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang ART and Design.
Deskripsi Tugas:
- Membantu Pegawai Tadbir Muzium menguruskan dan melaksanakan pembangunan muzium, urusan perolehan sumber bahan-bahan arkib dari sumber-sumber awam/persedirian, pameran sementara, urusan penyelidikan, pemprosesan, pemeliharaan, pengawetan, penjilidan, penyediaan panducari rekod, pemindahan, penilaian, ulangkaji dan pengumpulan maklumat, urusan pameran sementara serta urusan pentadbiran dan kewangan.
- Bertanggungjawab menguruskan keselamatan dan repository artifak, kerja-kerja pembangunan, program kaji selidik sejarah, kebudayaan serta flora dan fauna, pameran dan diorama serta tugas-tugas lain yang berkaitan dengan aktiviti permuziuman.
Nama Jawatan : PEMBANTU MUZIUM (1 kekosongan)
Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana
Gred/Jadual Gaji : RM1,352.00– RM4,003.00
Taraf Jawatan : Kontrak
Syarat Lantikan:
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan atau;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.dan;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepijian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaa
Deskripsi Tugas:
- Bertanggungjawab ke atas keselamatan dan kebersihan koleksi muzium serta galeri
pameran, membantu kerja-kerja pengumpulan koleksi penyelidikan (sejarah kebudayaan
dan alam semula jadi) serta penyediaan pameran, ekskavasi arkeologi, konservasi dan
sebagainya.
Cara Memohon
Permohonan yang ingin memohon jawatan kosong ini hendaklah dibuat menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh dimuat turun secara percuma di laman web Ketengah Holding Sdn Bhd iaitu www.ketengahholding.com.my
Permohonan hendaklah menghantar borang permohonan ke Ketengah Holding Sdn. Bhd.
Permohonan hendaklah disertakan dengan satu salinan sijil akademik, kad pengenalan dan sekeping gambar berukuran pasport.
Pemohon-pemohon yang pernah memohon adalah dikehendaki memohon semula jika
masih berminat dan layak.
Permohonan-permohonan berikut AKAN DITOLAK :-
- Permohonan berumur kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Tidak disertakan dokumen-dokumen yang diperlukan;
- Borang tidak lengkap atau tidak terang;
- Tidak memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan di dalam iklan;
- Tidak ditandatangani.
ALAMAT PERMOHONAN
Pemohonan hendaklah dihantar kepada:-
Ketengah Holding Sdn Bhd
Lot 70029, Jalan Sultan Zainal Abidin 3
Bandar Al Muktafi Billah Shah
23400 Dungun, Terengganu
(u.p : Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia)
Sila baca iklan rasmi penuh di sini.
Jawatan Kosong Ketengah Holding Sdn Bhd – Terengganu Darul Iman
Lokasi kekosongan: Terengganu
Tarikh tutup permohonan: 28 Februari 2021
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!