Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) – Mohon Sekarang!

Jawatan Kosong PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) merupakan sebuah perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 (Akta 748) dan merupakan salah satu agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang mempunyai kelayakan dalam bidang yang berkaitan (rujuk jadual di bawah) dan mempunyai ciri-ciri pekerja ‘multi-tasking’ serta berkeupayaan bekerja dalam satu pasukan dengan pengawasan minimum.

Jawatan yang dibuka untuk permohonan adalah seperti yang di bawah:

  1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT GRED F41

logo miros only

Syarat Lantikan Jawatan

Calon yang mempunyai kelayakan dan berhasrat untuk bekerja di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) hendaklah membaca syarat-syarat kelayakan dengan teliti bagi setiap jawatan kosong yang dimohon. Ini adalah kerana, syarat-syarat kelayakan adalah berbeza-beza bagi setiap jawatan yang dimohon.

Di samping itu, calon juga mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Berkelayakan akademik yang disyaratkan (contohnya: Ijazah Sarjana Muda, Sijil Tinggi Persekolahan seperti SPM, STPM, “A” Level)
  • Mempunyai minat untuk bekerjaya
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
  • Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon

Antara kelebihan bekerja dengan syarikat ini adalah seperti yang tertera:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan (bonus),
  • Cuti tahunan,
  • Cuti sakit, dan

Sila baca syarat lantikan jawatan lebih lanjut di sini.

–>Sila baca Apa maksud status BPR Fasa 2 anda? – dan cara semakan keputusan

pegawai teknologi maklumat f41

Cara Memohon

Sila baca deskripsi tugas dan kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan.

Pemohon hendaklah mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh dimuat turun daripada laman sesawang www.miros.gov.my.

Sila sertakan bersama dokumen dan salinan sijil seperti berikut:

  • Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
  • Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
  • Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
  • Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat-pusat pengajian tinggi;
  • Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti Sijil Malaysian University English Test (MUET), sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;

Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum TIDAK PERLU disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar melalui pos atau serahan tangan sahaja ke alamat:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor

Tarikh tutup permohonan adalah pada 22 Mei 2021 (Sabtu) jam 5.00 petang. Permohonan yang diterima selepas tarikh tutup permohonan tidak akan dipertimbangkan.

Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

Jawatan Kosong Kementerian Kesihatan Malaysia KKM ~ Gaji RM1,797 – RM2,429 Diploma & Ijazah

Lokasi kekosongan: KL

Tarikh tutup permohonan: 22 Mei 2021

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

Selamat maju jaya!
TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment