Jawatan Kosong Kerajaan di Seluruh Negara: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (TERBUKA)

Penuhi Jawatan Kosong di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Sekarang!

Iklan Kekosongan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Malaysia – Pegawai Peperiksaan Gred 44 (Terbuka)

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia sedang mencari individu untuk menyertai perkhidmatan awam yang mempunyai ciri-ciri keperibadian seperti di bawah:

  • Keterampilan yang baik;
  • Semangat yang tinggi dalam berkerja secara berkumpulan;
  • Bakat kepimpinan;
  • Ciri-ciri jati diri yang cemerlang; dan
  • Kelayakan profesionalisme yang sesuai dengan jawatan

im1

 

Syarat Lantikan

Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang telah sah dalam perkhidmatan serta beradda di Gred DG44 dan DH44 sahaja.

Selain itu, pemohon juga hendaklah mempunyai kriteria di bawah:

  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Matematik / Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana Pendidikan Matematik (Sekolah Rendah/Sekolah Menengah)/Ijazah Sarjana Muda Perguruan (Matematik)
  • Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang matematik terutamanya dalam penggubalan soalan matematik dan;
  • Calon-calon hendaklah mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang berkaitan, seorang yang mempunyai sifat teliti, berintegriti dan semangat kerja berpasukan yang tinggi

Syarat tambahan yang calon akan dinilai juga adalah seperti yang dibawah:

jawatan kosong

Cara-Cara Memohon

Calon yang berminat dan memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan permohonan secara online melalui cara yang ditetapkan di bawah.

Sila tekan link di sini untuk mengakses permohonan di portal tersebut.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan borang di Lampiran B di iklan permohonan rasmi di atas.

Hanya pemohon yang layak dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA sekiranya pemohon tidak menerima sebarang panggilan ke temu duga dalam tempoh enam (6) bulan daripada tarikh tutup iklan. Segala perbelanjaan temu duga adalah ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.

im4im2

 

Jawatan Kosong Kerajaan di Seluruh Negara: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (TERBUKA)

Lokasi kekosongan: Seluruh Negara

Tarikh tutup permohonan: 5 Mac 2021 (Jumaat)

 

Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment