jawatan kosong Jabatan Penerangan Malaysia
Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Baca sini: Bantuan e-Wallet Bingkas RM300
Baca juga: KWSP Pengeluaran Khas RM10000 2.0, Bersasar 2.0 Golongan Memerlukan Adalah Langkah Yang Baik
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan Jabatan Penerangan Malaysia. MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
PENYELARAS MEDIA & KOMUNIKASI KORPORAT – MYSTEP
Gaji: RM1,500 – RM1,900
JAWATAN MYSTEP – BAHAGIAN PENERBITAN & DASAR NEGARA (BPDN)
Gaji: RM1,500 – RM1,900
PENGATURCARA (PROGRAMMER) – MYSTEP
Gaji: RM1,500 – RM1,900
PENTERJEMAH BAHASA MANDARIN – MYSTEP
Gaji: RM1,500 – RM1,900
Syarat-syarat Kelayakan
Warganegara Malaysia;
Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel yang ditetapkan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI. Tarikh tutup permohonan pada 19 JANUARI 2023, KHAMIS.