Jawatan Kosong: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Jawatan Kosong 2021 Sebagai Guru Sambilan MRSM

Pengambilan Terkini 2021: Guru Sambilan MRSM Baling Kedah

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) membuka peluang pekerjaan kepada Warganeraga Malaysia yang ingin membina kerjaya di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) sebagai guru sambilan. Calon yang berkelayakan diseru untuk menghantar permohonan jawatan kosong ini melalui cara-cara yang ditetapkan.

 

Syarat Lantikan Jawatan

Para calon yang hendak mengisi jawatan kosong sebagai guru sambilan di MRSM Baling Kedah hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah:

  • Warganegara Malaysia,
  • Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan,
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang berkaitan dengan jawatan kosong yang dimohon dari universiti-universiti tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,
  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan) serta Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf dengannya oleh kerajaan, dan
  • Calon-calon yang mempunyai pengalaman dalam mengajar pelajar-pelajar sekolah menengah akan diberi keutamaan dalam jawatan ini.

Jawatan Kosong

Cara-Cara Memohon

Sila baca kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan.

Permohonan hendaklah dilakukan secara bertulis (resume/CV). Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:

  1. Sekeping gambar terbaru berukuran passport,
  2. Salinan sijil kelahiran,
  3. Salinan Kad Pengenalan, dan
  4. Sijil-Sijil Akademik dan Dokumen yang berkaitan.

 

Permohonan yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang telah disahkan hendaklah dihantar ke alamat yang berikut:

Pengetua

Maktab Rendah Sains MARA Baling

Kg Sera, Mukim Pulai

09100 Baling Kedah DarulamanĀ 

No telefon: 04-4702882

Sila rujuk iklan penuh jawatan kosong dengan menekan link di sini.

Lokasi kekosongan: MRSM Baling Kedah

Tarikh tutup permohonan: 1 Februari 2021 (Isnin)

 

Berminat untuk membina kerjaya bersama kementerian dan agensi kerajaan? Sila klik linkĀ di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment