Jawatan Kosong 2021 di Tekun Nasional (TEKUN)

Jawatan Kosong di Tekun Nasional (TEKUN) Kini Dibuka!

Permohonan Jawatan Kosong Sebagai Penaksir Ar Rahnu Tekun

 

Terbuka kepada rakyat Malaysia yang berkelulusan SPM/STPM atau Diploma (wajib kredit dalam subjek Bahasa Melayu) dan berhasrat untuk bekerjaya di syarikat Ar Rahnu Tekun. Di samping itu, lepasan graduan (fresh grads) adalah sangat digalakkan untuk memohon!

Jawatan sebagai Penaksir Ar Rahnu Tekun boleh dimohon secara atas talian (online) di laman web rasmi Ar Rahnu Tekun.

Syarikat Lantikan Jawatan

Para calon yang berkelulusan dan berminat untuk memohon hendaklah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh majikan. Antaranya adalah seperti yang tertera:

  • Pemohon hendaklah berumur antara 18 tahun ke 30 tahun,
  • Pemohon hendaklah berkelulusan akademik minima Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) ATAU Diploma (Keputusan akademik wajib kredit dalam Bahasa Melayu),
  • Mestilah mempunyai lesen memandu Kelas B2 atau D,
  • Mempunyai kemahiran untuk bekerja dalam kumpulan atau secara individu,
  • Berpenampilan kemas dan menarik, dan
  • Boleh bertugas di Cawangan Tekun Ar Rahnu Lembah Klang (Shah Alam).

Antara kelebihan bekerja dengan syarikat ini adalah seperti yang tertera:

  • Gaji dengan pelbagai imbuhan (bonus),
  • Cuti tahunan,
  • Cuti sakit, dan
  • Lain-lain

 

Cara-Cara Memohon

Sila baca kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan. Permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) dengan cara menghantar dokumen-dokumen rasmi ke email rasmi Tekun Ar Rahnu iaitu arrahnu@tekun.gov.my

Dokumen-dokumen rasmi yang diperlukan adalah:

  1. Resume/CV pemohon dalam bentuk PDF (wajib)
  2. Cover Letter (optional)
  3. Sijil-sijil dan keputusan akademik (optional)
  4. Sijil-sijil ko-kurikulum (optional)

Lokasi kekosongan: Cawangan Tekun Ar Rahnu Lembah Klang (Shah Alam)

Tarikh tutup permohonan: 3 Februari 2021 (Rabu) sebelum 5PM.

Ada sebarang pertanyaan atau ingin maklumat lebih lanjut tentang syarikat Tekun Ar Rahnu? SIla tekan link di sini.

Selamat maju jaya!

 

–>Lihat juga 200 Peluang Jawatan Kosong di J&T Express di sini.

Leave a Comment