Pengambilan Guru MARA Seluruh Malaysia – Kekosongan jawatan terkini April 2022, kepada seluruh warga kerja yang berilmu, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai nilai-nilai murni, memiliki kemahiran interpersonal, kreatif dan inovatif serta komited, anda dipelawa untuk menyertai perkhidmatan sebagai pendidik di Institusi-institusi Pendidikan MARA seluruh Malaysia.
Rasmi Pengambilan Jawatan Kosong April 2022 Guru MARA 2022 Seluruh Malaysia
Pegawai Perkhidmatan pendidikan DG 41
Taraf Jawatan : Kontrak
Gaji ditawarkan : RM2,188 – RM9,552
Bidang / Subjek yang diperlukan:
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Melayu
- Bimbingan & Kaunseling
- Biologi
- Fizik
- Kimia
- Geografi
- Logistik
- Matematik
- Media
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Islam (Tahfiz)
- Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan
- Pengajian Makanan / Bioteknologi Makanan
- Pengurusan Perniagaan
- Prinsip Akaun / Perakaunan
- Reka Bentuk Teknologi
- Sains Komputer
- Seni Persembahan
- Seni Reka Grafik
Syarat asas permohonan Jawatan Kosong April 2022
Terbuka kepada warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 25 April 2022.
Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana muda dari universiti Awam atau Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam dan luar negara dalam bidang dan subjek yang berkaitan.
Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Sila pastikan anda membaca dengan teliti syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan sebelum membuat sebarang permohonan jawatan,
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh pihak MARA.
Bagi pengguna baru anda hendaklah membuat pendaftaran terlebih dahulu manakala mereka yang telah mendaftar anda hanya perlu mengemaskini permohonan anda.
Semua maklumat yang diberikan hendaklah tepat dan betul ianya bagi mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa membuat permohonan.

Selamat maju jaya dari kami Myinfokerja
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “Jawatan Kosong April 2022” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih