Jawatan Kosong 2021 Perbadanan Kampong Bharu PKB – Penolong Jurutera JA29 dan Pembantu Tadbir N19 (MySTEP)

Jawatan Kosong 2021 PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) dan Jawatan JA29

2 Kekosongan Iklan Pengmbilan Jawatan

Bagi Rakyat Malaysia yang ingin bekerja dengan agensi ini, bolehlah memohon jawatan kosong di Perbadanan Kampong Bharu PKB melalui cara yang ditetapkan. Sila baca artikel lebih lanjut untuk mengetahui syarat-syarat dan cara memohon jawatan kosong ini.

Jawatan kosong dengan status lantikan KONTRAK yang tersedia adalah seperti yang berikut:

  1. Penolong Jurutera JA29
  2. Pembantu Tadbir N19 (MySTEP)

WE2

Syarat Lantikan Jawatan

Para calon yang hendak mengisi jawatan hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah

  • Warganegara Malaysia,
  • Calon hendaklah berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan,
  • Memiliki kelayakan akademik yang ditetapkan oleh jawatan yang dimohon
  • Mempunyai minat untuk bekerjaya
  • Mempunyai kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
  • Berpengetahuan dalam bidang jawatan kosong yang dipohon

Antara kelebihan bekerja dengan syarikat ini adalah seperti yang tertera:

  • Gaji ditawarkan: Pelbagai Gaji Bagi Setiap Jawatan
  • Kemudahan cuti rehat, cuti sakit, caruman KWSP & PERKESO
  • Status lantikan: Kontrak

Syarat-syarat khas lantikan boleh dibaca di dalam iklan yang tertera bagi setiap iklan jawatan.

Bagi Jawatan PENOLONG JURUTERA, GRED JA29, syarat lantikan adalah dibawah:

  1. Mempunyai kelayakan akademik sekurang-kurang seperti berikut:
    (i) Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
    (ii) Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)
  2. Hendaklah memiliki Kepujian (sekurang – kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Bagi Jawatan Pembantu Tadbir N19 (MySTEP), syarat lantikan adalah dibawah:

  1. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. atau
  2. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. atau
  3. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  4. Boleh menggunakan perisian Microsoft Office dengan baik.
  5. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum dan menyiapkan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

we1 1

we 1

Cara-Cara Memohon

  • Calon-calon yang berminat bolehlah mengemukakan dokumendokumen berikut:
    (i) Resume;
    (ii) Salinan Sijil Kelahiran;
    (iii) Salinan Kad Pengenalan;
    (iv) Salinan Berhenti Sekolah
    (v) Salinan Sijil-sijil Pendidikan yang berkaitan
    (vi) Salinan Sijil SPM/ STPM/ Diploma/ ljazah Sarjana Muda yang berkaitan;
    (vii) Sekeping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan); dan
    (viii) Salinan sijil-sijil ko-kurikulum.
  • Setiap salinan Sijil/ Dokumen hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan/ Profesional)/ Pengetua Sekolah/ Wakil Rakyat/ Penghulu/ Ketua Kampung).
  • Permohonan berikut akan ditolak tanpa diberi sebarang jawapan:
    (i) Tidak mengemukakan dokumen yang diperlukan; dan
    (ii) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan.
  • Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon pada penjuru kiri atas sampul surat yang dihantar.
  • Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
    Ketua Pegawai Eksekutif
    Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu
    Aras Bawah, 1 & 2, Rumah ROHAS,
    Lot 61, Jalan Raja Abdullah
    Kampong Bharu
    50300 KUALA LUMPUR.
    (u.p : Seksyen Pengurusan)
  • Catatan Am :
    (i) Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan dan senarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Sebarang keputusan yang dibuat berkaitan dengan urusan ini adalah muktamad; dan
    (ii) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
    (iii) Tempoh sahlaku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan.

Sila baca iklan rasmi jawatan kosong di laman web PKB di sini.

jawatan kosong

Jawatan Kosong 2021 Perbadanan Kampong Bharu PKB – Penolong Jurutera JA29 dan Pembantu Tadbir N19 (MySTEP)

Lokasi kekosongan: Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan: 23 Mac 2021 (Sabtu)

 

Baca juga: Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat! Sila klik link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment