Jawatan Kosong 2021 – Kementerian Kerja Raya (KKR)

Iklan Jawatan Kosong Kementerian Kerja Raya (KKR)

 

Kekosongan Jawatan Kenaikan Pangkat Pembantu Operasi Gred N14

Kementerian Kerja Raya (KKR) membuka iklan untuk jawatan kosong kenaikan pangkat kepada Pembantu Operasi Gred N14. Terdapat 3 kekosongan yang tersedia untuk jawatan ini.

Kenaikan Pangkat ini terbuka kepada calon-calon seperti berikut:

  • Pembantu Operasi Gred N11, kenaikan pangkat kepada Pembantu Operasi Gred N14

kkr3

Syarat Kenaikan Pangkat

Calon-calon mestilah sedang berkhidmat di Kementerian Kerja Raya atau Jabatan Kerja Raya (Lantikan Persekutuan termasuk pegawai yang mengisi jawatan kader atau dipinjamkan ke agensi lain) dan memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

  1. Memenuhi syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Sistem
    Saraan Malaysia (SSM);
  2. Telah disahkan dalam perkhidmatan;
  3. Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 80% ke atas bagi 3 tahun terakhir;
  4. Diperakukan oleh Ketua Jabatan;
  5. Pegawai adalah DILANTIK pada 31 Disember 2005 dan sebelum (Lantikan sebelum berkuatkuasa Opsyen Pertukaran Tahun 2013);
  6. Bebas dari hukuman tatatertib;
  7. Telah mengisytiharkan harta berdasarkan peraturan yang sedang
    berkuatkuasa;
  8. Lulus tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM);
  9. Bebas daripada disenaraikan sebagai Peminjam Pendidikan Tegar daripada institusi pinjaman pendidikan; dan
  10. Bersetuju untuk bertukar apabila diberi pemangkuan atau kenaikan pangkat. (Penolakan pemangkuan kerana tidak sanggup bertukar boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Peraturan 4(2) (i), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

kkr

Cara-Cara Memohon

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan dengan mengisi borang KKR/BPSM/PM (salinan fotostat borang diterima) dengan menyertakan dokumen-dokumen yang disahkan oleh Ketua Jabatan iaitu:

  1. Sesalinan Penyata Perkhidmatan (termasuk penyata cuti) yang dikemaskini sehingga terkini dan disahkan;
  2. Sesalinan Kelulusan Perisytiharan Harta yang terkini (yang masih berkuatkuasa dalam tempoh 5 tahun);
  3. Sesalinan setiap satu Laporan Nilaian Prestasi Tahunan untuk tiga (3) tahun terkini (Tahun 2018, 2019, dan 2020);
  4. Surat Akuan Pinjaman Pendidikan
  5. Salinan Surat Lulus Tapisan Keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
  6. Permohonan juga perlu dilengkapkan menggunakan link Google Form capaian borang seperti berikut:

Pembantu Operasi Gred N14–> http://bit.do/PembantuOperasiN14

Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan ke alamat seperti yang berikut:

KETUA SETIAUSAHA
KEMENTERIAN KERJA RAYA MALAYSIA
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
TINGKAT 14, BLOK B, KOMPLEKS KERJA RAYA
JALAN SULTAN SALAHUDDIN
50580 KUALA LUMPUR
(u.p.: Cawangan Pengurusan Prestasi dan Kemajuan Kerjaya)

Sila melayari laman web Kementerian Kerja Raya di sini untuk melihat butiran lebih lanjut tentang Jawatan Kosong KKR ini.

Sila tekan link di sini untuk borang KKR/BPSM/PM.

kkr1

 

Tarikh Tutup Permohonan Jawatan Kosong

Tarikh tutup permohonan jawatan yang diiklankan adalah pada 8 Februari 2021.

Calon yang layak digalakkan untuk memohon jawatan kosong ini. Sebarang pernyataan sila hubungi talian yang berikut:

Kumpulan Pelaksana Gred 11 – 14
– Cik Nor Fazilah binti Shaharuddin / (03-2771 4983)
– Cik Nor Azlin binti Zulkipeli

 

 

Ingin mengetahui CARA MEMOHON DAN SYARAT BANTUAN WARGA EMAS BULANAN RM350? Sila tekan link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment