Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia Sebagai PEGAWAI TADBIR (GRED N41)

Iklan Jawatan Kosong -PEGAWAI TADBIR (GRED N41) KONTRAK SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI (SPE)

Kekosongan Jawatan 2021 di UPM Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE)

Universiti Putra Malaysia (UPM) menjemput semua rakyat Malaysia yang berkelayakan dan ingin memohon jawatan kosong untuk bekerja di universiti ini sebagai Pegawai Tadbir (Gred N41). Sila baca artikel lebih lanjut untuk mengetahui syarat-syarat dan cara memohon jawatan kosong ini.

Pemohon dijemput untuk memohon jawatan kosong ini secara KONTRAK di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) seperti butiran di bawah:

Jawatan: Pegawai Tadbir Gred N41

Klasifikasi Perkhidmatan: Skim Perkhidmatan Bukan Akademik

Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan & Professional

Taraf jawatan: Kontrak

jawatan kosong

Syarat Lantikan Jawatan

Para calon yang hendak mengisi jawatan sebagai PEGAWAI TADBIR (GRED N41) KONTRAK SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI (SPE) di UPM ini hendaklah membaca syarat-syarat lantikan jawatan dengan teliti seperti di bawah.

  • Berusia sekurang-kurangnya 18 tahun bagi calon Warganegara pada tarikh tutup;
  • Mempunyai latarbelakang pencapaian akademik yang baik, iaitu calon dengan Ijazah Sarjana Muda atau yang setaraf dengannya;
  • Bidang pengkhususan kelayakan adalah relevan dan bersesuaian dengan keperluan dan penempatan bidang yang diperlukan;
  • Calon Waraganegara bagi tujuan pelantikan tetap hendaklah memperolehi kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Mempunyai kelayakan atau kebolehan pertuturan  dan penulisan dalam Bahasa Inggeris yang baik (contoh: calon Warganegara memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, keputusan MUET sekurang-kurangnya Band 4);
  • Berkebolehan menyediakan kertas kerja
  • Berkeupayaan untuk bekerja di luar waktu pejabat
  • Memiliki CGPA 3.00 dan ke atas

 

Cara-Cara Memohon

Sila baca deskripsi tugas dan kriteria yang ditetapkan terlebih dahulu sebelum memulakan permohonan.

Permohonan hendaklah dilakukan dengan cara yang ditetapkan oleh majikan iaitu secara online atau manual.

Sila muat turun Borang Permohonan Jawatan Kumpulan Sokongan seperti yang dilampirkan di laman web Pejabat Pendaftar UPM di sini.

Sila emel atau hantarkan borang permohonan serta sijil/dokumen berkaitan kepada:

PEJABAT AM DEKAN 

SEKOLAH PERNIAGAAN DAN EKONOMI 

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 

43400 UPM SERDANG 

SELANGOR 

Emel: syairinnie@upm.edu.my

Hanya mereka yang layak sahaja akan dihubungi. Lihat poster iklan penuh di laman web Facebook di sini.

 

Jawatan Kosong 2021 di Universiti Putra Malaysia Sebagai PEGAWAI TADBIR (GRED N41)

Lokasi kekosongan: Selangor

Tarikh tutup permohonan: 19 Februari 2021 (Jumaat)

 

Baca juga: Rasmi: Jadual Pembayaran BPR Bantuan Prihatin Rakyat! Sila klik link di sini.

Selamat maju jaya!

 

Leave a Comment