Iklan Jawatan Kosong
Kekosongan Jawatan Guru Sambilan Kimia (MRSM)
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SAMBILAN seperti berikut:
- Jawatan: Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah Sambilan (DG41)
- Taraf jawatan: Sambilan
- Jabatan: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM Kulim
- Klasifikasi: Perkhidmatan Pendidikan
- Kumpulan: Pengurusan dan Professional
- Gred: DG41
- Jadual Gaji: RM100.00 sehari
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan permohonan
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk LULUS ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh kerajaan
Cara Memohon
Berikut adalah cara-cara untuk memohon jawatan kosong ini:
Mengemukakan surat permohonan secara rasmi beserta resume dan salinan sijil-sijil yang disahkan, surat beranak, kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport dihantar kepada:-
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) PDRM
Batalion 2, PGA, Jln. Junjung
09000 Kulim, Kedah
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria yang tertentu yang telah ditetapkan.
Calon yang benar-benar berminat dab bersedia untuk berkhidmat di MRSM PDRM Kulim sahaja akan dipertimbangkan untuk lantikan ke jawatan berkenaan.
Sebarang pertanyaan lanjut, boleh menghubungi En. Norsham bin Abidin ditalian 019-9131623.
Jawatan Kosong 2021 di Maktab Rendah Sains MARA MRSM PDRM Kulim
Lokasi kekosongan: Kedah
Tarikh tutup permohonan: 14 Mac 2021
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!