Iklan Jawatan Kosong Sebagai Guru Sambilan di MRSM Pasir Tumboh
Kekosongan Guru Fizik – 1 Kekosongan di MRSM Pasir Tumboh
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan secara SAMBILA seperti berikut:
- Jawatan: Guru Fizik – 1 Kekosongan
- Taraf jawatan: Sambilan
- Jabatan: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh
- Klasifikasi: Perkhidmatan Pendidikan
- Kumpulan: Pengurusan dan Professional
- Gred: DC41
- Jadual Gaji: RM100.00 sehari
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan permohonan
- Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; DAN
- Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk LULUS ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang setaraf dengannya oleh kerajaan
Cara Memohon
Berikut adalah cara-cara untuk memohon jawatan kosong ini:
Mengemukakan surat permohonan secara rasmi beserta resume dan salinan sijil-sijil yang disahkan, surat beranak, kad pengenalan dan lain-lain dokumen berkaitan serta sekeping gambar berukuran passport dihantar kepada:-
Pengetua
Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh
Desa Darul Naim
16150 Kota Bahru, Kelantan
Semua permohonan yang diterima akan ditapis dan disaring berasaskan kepada kriteria yang tertentu yang telah ditetapkan.
Jawatan Kosong 2021 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pasir Tumboh
Lokasi kekosongan: Kelantan
Tarikh tutup permohonan: 04 Mac 2021
Baca juga: SEMAKAN DAN PERMOHONAN GKP 3.0 GERAN KHAS PRIHATIN 3.0 di sini.
Selamat maju jaya!