Jangan tak percaya, Kakak menghulurkan sekeping wang kertas bernilai RM1, Adik hanya mendiamkan diri dan terus menutup matanya

Jangan tak percaya, Kakak menghulurkan sekeping wang kertas bernilai RM1, Adik hanya mendiamkan diri dan terus menutup matanya

Mata duitan atau dalam bahasa Inggerisnya adalah ‘gold digger’ seringkali digambarkan oleh seseorang yang sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan wang ringgit. Menyebut tentang seseorang, ia pasti dikaitkan dengan manusia. Tetapi pernahkah anda melihat makhluk ciptaan Tuhan yang lain seperti kucing memiliki sifat tamakkan wang?

EEBC5BD5 A07B 448C A9DC 4283C7226A9D 823x1024 1

Ya, ada kucing yang mata duitan! Misalnya seperti dalam video pendek ini yang memaparkan perbualan seorang wanita bersama kucing peliharaannya. Pada awal video, wanita ini yang membahasakan dirinya sebagai Kakak telah merakamkan gelagat kucingnya yang dipanggil Adik yang sedang tidur.

Menurut Kakak, Adik terbukti seekor kucing yang sukakan wang ringgit apabila dia telah melakukan ujian kecil kepada kucing kesayangannya itu.

image 3

Pada mulanya, Adik yang sedang tidur mula terjaga apabila mendengar suara kakaknya itu. Apabila Kakak menghulurkan sekeping wang kertas bernilai RM1, Adik hanya mendiamkan diri dan terus menutup matanya. Lebih melucukan lagi, Adik terus mengalihkan kaki hadapannya seolah-olah tidak mahu menyentuh wang kertas yang bernilai rendah itu!

Amboi! Kakak kemudian kembali dengan membawa sekeping wang kertas bernilai RM5. Kakak menghulurkan wang itu kepada Adik yang kemudiannya terus mengambil sambil mencium wang tersebut.

image 1

“Oh kalau Kakak nak peluk tak bagi, bagi duit nak pulak”.

Tidak lama kemudian, Kakak menghulurkan wang kertas berwarna merah yang bernilai RM10 kepada Adik. Sepertimana kanak-kanak 5 tahun lain, Adik terus ‘merampas’ duit tersebut daripada tangan wanita ini sekali gus membuatkan si Kakak terkejut dan mentertawakannya.

image

Kelakuan Adik persis kanak-kanak yang tidak sabar untuk membuka sampul duit raya. Comel betul! Apa agaknya yang Adik nak beli ya dengan duit sebanyak itu?

Sumber: erabaru

Leave a Comment