Jadual Penuh Tarikh Pembayaran Bantuan RM800 Telah Diumumkan – 3 Fasa
Jadual Penuh Tarikh Pembayaran Bantuan RM800 Telah Diumumkan – 3 Fasa. Dalam usaha Kerajaan untuk membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan sama ada di peringkat Persekutuan ataupun Negeri.
Salah satunya adalah Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) dari RISDA. Berikut adalah perincian bantuan. (Bantuan RM800)
Semak sini: Permohonan Hingga RM1000 Dibuka Bantuan Kecemasan RM300
Semak juga: pengeluaran KWSP yang dibenarkan secara bersyarat
Jumlah Bantuan
BMT adalah bantuan kewangan yang diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah sebagai usaha untuk meringankan beban mereka ketika musim tengkujuh.
Jumlah bantuan yang diberikan adalah RM800 berbanding sebelum ini RM600 sahaja. Bantuan ini akan dibayar sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan
Jadual Bayaran Bantuan RM800
Berikut adalah jadual bayaran bantuan khas ini seperti dibawah :
– Fasa 1 pada bulan Januari 2023 : RM300
– Fasa 2 pada bulan Februari 2023 : RM300
– Fasa 3 pada bulan Mac 2023 : RM200.
Nota : Pembayaran bantuan ini akan dikreditkan ke dalam akaun penerima.
Syarat Kelayakan Bantuan
Berikut dikongsikan syarat kelayakan BMT:
– Warganegara Malaysia/Pekebun Kecil RISDA
– Pekebun kecil berdaftar (pemilik pengusaha) dengan RISDA
– Kelausan tanah 0.1 sehingga 2.5 hektar
– Pemilik tanah yang sah
– 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Penoreh Bukan Pemilik
– Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
– Warganegara Malaysia
– Pengesahan pemilik tanah yang sah
– Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
– Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah
– 1 lot hanya untuk seorang penerima bantuan sahaja
Semakan Kelulusan BMT (semak sini)
Semakan kelulusan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem BMT RISDA
Pembayaran akan dilaksanakan secara Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank yang masih aktif yang telah didaftarkan oleh penerima ketika permohonan dibuat.
Maklumat Lanjut – Sebarang pertanyaan mengenai BMT, anda boleh menghubungi pihak RISDA di talian 03-4256 4022
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free. Bantuan RM800