Jadual Pembayaran Bantuan JKM November

Jadual Pembayaran Bantuan JKM November

Jadual Pembayaran Bantuan JKM November – Untuk makluman, bayaran bantuan ini adalah berbeza mengikut setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada setiap penerima.

Ini kerana pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Bagi bulan November, bayaran bantuan JKM akan dikreditkan antara 1 hingga 10 November 2022.

Sekiranya terdapat perubahan bayaran untuk bantuan November, JKM akan memaklumkan dari semasa ke semasa.

Jadual Pembayaran Bantuan JKM November
Sila rujuk laman Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk maklumat terkini atau hubungi JKM negeri masing-masing sekiranya berlaku kelewatan pembayaran bantuan November.

11 Jenis Bantuan JKM Jabatan Kebajikan Masyarakat :

Untuk makluman, terdapat 11 jenis bantuan kebajikan yang diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu;

-Bantuan Kanak-kanak (BKK)
-Elaun Pekerja OKU (EPOKU)
-Bantuan Anak Pelihara (BAP)
-Bantuan Penjagaan OKU Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar (BPT)
-Bantuan Am Persekutuan (BA)
-Bantuan Alat Tiruan/Alat Sokongan (BAT)
-Bantuan Latihan Perantis (BLP)
-Bantuan Geran Pelancaran (BGP)
-Tabung Bantuan Segera (TBS)
-Bantuan Warga Emas (BWE)
-Bantuan OKU Tidak Bekerja (BTB)

Skim bantuan yang diwujudkan adalah sebagai alat dalam proses menolong klien ke arah pemulihan, pencegahan, pembangunan dan pengintegrasian, yang merupakan satu kaedah dalam kerja sosial.

Bantuan JKM November

Jadual Pembayaran Bantuan JKM November

Proses pemberian bantuan kebajikan juga mengambil kira potensi yang ada pada setiap penerima bantuan yang masih produktif ke arah hidup berdikari.

Objektif Pemberian Bantuan;
-Memenuhi keperluan asas (basic needs) bagi meringankan beban penerima bantuan
-Alat sokongan sosial (social support tools) untuk menilai kemampuan penerima bantuan ke arah berdikari dan mengurangkan kebergantungan kepada bantuan
-Alat pemulihan (rehabilitation tools) agar penerima bantuan terus kekal tinggal bersama komuniti/masyarakat.
-Sumber kewangan sementara penerima bantuan meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup.

Cara Memohon Bantuan JKM
Pengendalian permohonan bantuan kewangan dilakukan di peringkat Daerah / Jajahan / Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan disiasat untuk penilaian (diuji cara) bagi mengesahkan kelayakan pemohon untuk mendapatkan bantuan.

Perkara ini adalah mengikut prinsip penyampaian bantuan berdasarkan kelayakan dan bukannya hak.

Permohonan Manual
Bagi memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti salinan Kad Pengenalan pemohon, salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak. tinggal bersama, salinan sijil lahir anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen berkaitan.

PERHATIAN : Sila hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian. Kegagalan berbuat demikian sistem akan membatalkan permohonan tersebut secara automatik.

SILA BAWA DOKUMEN TERSEBUT SEMASA HADIR KE PEJABAT:

Salinan MyKad/ Kad Pengenalan Pemohon;
Salinan MyKad /Kad Pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama;
Salinan Kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU;(Jika Kategori OKU)
Salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan;(jika bekerja sendiri)
Salah satu Bil Utiliti (air/elektik/telefon/astro)

Laporan pegawai perubatan dari hospital/klinik kesihatan kerajaan/swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/kronik/alat tiruan)

Permohonan Secara Online
Permohonan bantuan juga boleh dibuat secara atas talian melalui portal E-Bantuan JKM berikut;

http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/

BACA JUGA; Cara Pengeluaran Wang KWSP Untuk Membina & Membeli Rumah Sendiri 

Bantuan JKM November

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama.

Leave a Comment