JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN JKM BAGI BULAN FEBRUARI
Pelbagai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat Disediakan
Bagi membantu rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan kewangan pada musim Covid-19 ini, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet untuk meringankan beban rakyat. Peruntukan-peruntukan ini adalah disediakan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi setiap daerah atau lokasi masing-masing.
Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, terdapat pelbagai kategori-kategori bantuan, menyeluruh kepada semua pihak yang memerlukan. Antaranya adalah seperti yang berikut:
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK)
- Elaun Pekerja Cacat (EPC)
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB)
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar (BPT)
- Bantuan Orang Tua (BOT)
- Bantuan Am Persekutuan (BA)
- Bantuan Anak Pelihara (BAP)
- Bantuan Latihan Perantis (BLP)
- Bantuan Geran Pelancaran (GP)
- Bantuan Alat Tiruan / Alat Sokongan (BAT)
- Tabung Bantuan Segera (TBS)
Cara Memohon Bantuan
Terdapat dua cara untuk memohon bantuan-bantuan yang disediakan ini iaitu:
- Manual, atau
- Secara atas talian (online)
Cara 1: Pergi terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah anda
Permohonan boleh dibuat dengan hadir terus ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Biahagian di mana pemohon tinggal.
Senarai alamat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang boleh dihubungi ada disediakan di bahagian Direktori di portal web Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Sila tekan link pautan di sini untuk ke laman web rasmi JKM.
Sila tekan link direktori pautan di sini, untuk mengetahui senarai alamat Pejabat JKM di tempat tinggal anda.
Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon boleh membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti:
- Salinan kad pengenalan pemohon,
- Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal bersama,
- Salinan penyata gaji (jika ada),
- Gambar berukuran passport, dan
- Dokumen sokongan lain (jika ada).
Cara 2: Mendaftar melalui atas talian (online)
- Layari laman web http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/Awam/BorangPermohonan_Panduan.jsp
- Klik pada butang ‘Daftar Permohonan.’
- Masukkan negeri tempat tinggal dan no kad pengenalan.
- Setelah selesai, klik butang ‘Daftar.’
- Dalam 14 hari, sila ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran (Sila rujuk link Direktori di atas).
- Bawa bersama dokumen yang diperlukan (Sila rujuk senarai dokumen di atas).
Jadual Pembayaran Bantuan JKM
Bagi mereka yang telah mendapat kelulusan daripada pihak JKM untuk mendapat bantuan-bantuan yang telah dimohon, berikut adalah jadual pembayaran bagi bantuan ini.
Tarikh jadual adalah yang seperti yang di bawah ini, tetapi jika pemohon yang telah berjaya belum mendapat bayaran setelah beberapa hari daripada tarikh jadual pembayaran, jangan risau kerana pembayaran adalah secara berperingkat.
Jadual Pembayaran Februari 2020: Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
Oleh yang demikian, bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila lah hadir ke pejabat JKM daerah masing-masing ataupun daftar online untuk memohon bantuan warga emas yang telah disediakan ini.
Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan lebih lanjut, sila hubungi talian rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat 03-80008000.
Ingin mengetahui SEMAKAN SPA9 DAN CARA MEMBUAT PERMOHONAN TAHUN 2021? Sila tekan link di sini.
Selamat maju jaya!