Vaksinasi akan diberikan tanpa temu janji
Dua kaedah akan digunakan untuk pemberian vaksin secara ‘walk in’, khusus untuk penduduk di Lembah Klang yang berkuatkuasa mulai 2 Ogos ini.
VAKSINASI secara ‘walk-in’ di Lembah Klang bagi warga Malaysia yang berusia 40 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai sejarah penyakit komorbid dibuka bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos.
Sementara itu, pemberian vaksin secara ‘walk in’ bagi warga Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas pula akan dibuka pada 5 Ogos hingga 22 Ogos.
Bagi warga asing yang berumur 40 tahun ke atas serta mempunyai sejarah penyakit komorbid, vaksinasi secara ‘walk-in’ dibuka bermula 9 Ogos hingga 11 Ogos.
Warga asing yang berusia 18 tahun ke atas pula boleh mendapatkan suntikan secara ‘walk-in’ bermula 12 Ogos hingga 22 Ogos.
Ia akan bermula pada jam 2 petang, dan mengikut senarai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikhaskan untuk ‘walk-in’.
Berikut adalah intipati pengumuman vaksinasi ‘walk-in’ ini:-
- Ia meliputi pemberian vaksin secara ‘walk in’ di 10 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilihan,
- dan melalui program jangkauan (outreach programme) ke kawasan pinggiran Lembah Klang
- Antara PPV yang terpilih adalah: PPV KL Convention Centre iaitu HCO F, HCO G dan HCO H, Bangi Avenue Convention Center (BACC) dan Hotel Wyndham, Klang, PPV Dewan Tun Razak, Sabak Bernam; Dewan Komuniti Serendah; Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA dan Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam
- Hanya perlu membawa dokumen sepert alamat yang tertera pada kad pengenalan, lesen memandu, bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja atau kad pelajar dan sebagainya sebagai bukti pemastautin di Lembah Klang.
Senarai PPV ‘walk-in’ adalah seperti berikut:
Warganegara (2 Ogos – 22 Ogos)
1. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO F
2. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO G
3. Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), HCO H
4. Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC)
5. Hotel Wyndham, Klang
6. Dewan TAR Sabak Bernam
7. Dewan Komuniti Serendah
8. Movenpick Hotel & Convention Center KLIA, Sepang
9. Pusat Konvensyen Ideal, Shah Alam (IDCC)
Bukan Warganegara (9 Ogos – 22 Ogos)
1. Stadium Nasional Bukit Jalil
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web vaksin Covid-19 yang sahih di sini.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Permohonan GKP 4.0 Pakej PEMULIH RM1,000 ~ cara dan tarikh memohon