Pelaksanaan SOP PKP 3.0 Terkini
Perintah Kawalan Pergerakan SOP PKP 3.0 terkini bermula 25 Mei, 5.30 petang
Tindakan kerajaan memperketat semula prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengawal pergerakan rakyat di luar rumah. Berikut adalah butir-butir SOP PKP 3.0 terkini yang diumumkan pada 22 Mei 2021, Sabtu 5.30 petang tadi.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini termasuk dengan melaksanakan kembali dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) dan mengehadkan masa perniagaan.
“Justeru, kedai hanya dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam mulai 25 Mei ini berbanding sebelumnya dari 6 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Seramai 80 peratus atau lebih 750,000 kakitangan awam akan bekerja dari rumah selepas ini.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi sektor sektor swasta pula kira-kira 40 peratus atau bersamaan kira-kira 6.1 juta pekerja turut akan bekerja dari rumah.
Beliau berkata, langkah ini diambil bagi mengurangkan pergerakan di jalan raya dan juga mengurangkan kesesakan di tempat kerja. Butiran terperinci berkenaan arahan bekerja dari rumah akan diumumkan Ketua Setiausaha Negara.
–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021
SOP bagi PKP 3.0 terkini
Berikut adalah antara Standard Operating Procedure SOP PKP 3.0 terkini yang diperketatkan:
- Operasi kedai makan, gerai makan, kenderaan bersaji, penjaja, gerai makan atau kiosk: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Penjualan makanan secara bawa pulang, pandu lalu atau penghantaran: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Kedai runcit, kedai serbaneka dan kedai keperluan harian: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Pasar malam – 4.00 petang – 8.00 malam
- Kedai makanan haiwan: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Stesen minyak – 8.00 pagi – 8.00 malam kecuali stesen minyak di lebuh raya boleh beroperasi sehingga 24 jam.
- Kedai dobi, dobi layan diri, kedai cermin mata, pusat cuci kereta, kedai guntung rambut dan salun: 8.00 pagi – 8.00 malam
- Kedai farmasi: 8.00 pagi – 10.00 malam
- Sektor Awam: 80% – work from home yang melibatkan hampir 750,000. KECUALI kakitangan di sektor perkhidmatan perlu dan perkhidmatan di barisan hadapan.
- Sektor Swasta: 40% – work from home yang melibatkan hampir 6.1 juta pekerja, 60% kapasiti kehadiran pekerja termasuk operasi dan pengurusan.
- Kapasiti Pengangkutan Awam (MRT, Komuter, Bas Awam, LRT): Dibenarkan berdasarkan 50% kapasiti kenderaan
Sumber: Telegram rasmi Majlis Kemelamatan Negara MKN
–> Sila baca TERKINI: PEMERKASA Bantuan RM500 ‘one-off’ untuk golongan B40 – permohonan & tarikh bayaran