ISU SEMASA: McDonald’s Malaysia nafi salur bantuan kepada Israel

McDonald’s Malaysia menafikan pihaknya menyalur bantuan kepada Israel serta menyifatkan perkara itu sebagai pembohongan dan fitnah.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar, menjelaskan McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) diambil alih sepenuhnya Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak 2017, dengan ekuiti syarikat itu dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

Tegasnya, sebagai sebuah syarikat tempatan, McDonald’s Malaysia tidak menyumbang, menyokong atau terbabit dalam sebarang konflik politik mahupun agama di mana-mana negara.

“McDonald’s Malaysia sedar akan kewujudan mesej WhatsApp yang tular berkenaan pemboikotan jenama kami. Pihak McDonald’s Malaysia ingin menjelaskan bahawa pemboikotan ini adalah tidak berasas dan kenyataan tentang jenama kami menyalurkan bantuan kepada pihak Israel adalah suatu pembohongan dan fitnah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

–>Sila baca Apa maksud status BPR Fasa 2 anda? – dan cara semakan keputusan

Azmir berkata, pendirian mengenai isu itu sudah dijelaskan pihaknya pada 2017 dan telah dikongsi secara meluas orang ramai menerusi mesej WhatsApp mereka, selain diterbitkan media arus perdana, dalam talian dan blog.

Beliau berkata, pada tahun sama, pihaknya juga mendapatkan pandangan daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang antaranya menyatakan seruan ‘wajib boikot’ hanyalah sah jika ia diperintah oleh umara’ atau pemerintah negara selain boikot tanpa fakta sah boleh dianggap sebagai fitnah dalam hukum Islam.

Menurutnya, McDonald’s Malaysia sudah membuat laporan polis terhadap individu dan kumpulan yang membuat dakwaan palsu dan menyebarkan mesej tidak berasas melalui platform media sosial dan saluran lain untuk memboikot restoran-restoran McDonald’s di Malaysia.

Azmir berkata, perkara itu juga sudah dimaklumkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak-hak dan kepentingan syarikat serta lebih 15,000 warga tempatan yang bekerja dengan syarikat ini.

“McDonald’s Malaysia tidak pernah t erbabitdalam sebarang agenda yang menyokong Israel. Malahan, penjelasan kami berhubung isu ini telahpun diterima baik oleh badan-badan bukan kerajaan utama seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), MYCARE, Aqsa Syarif, Palestine Centre of Excellence dan Viva Palestina Malaysia,” katanya.

McDonald’s Malaysia turut mendoakan supaya penindasan dan keganasan yang berlaku ke atas Palestin akan segera berakhir, katanya.

-BERNAMA

Screenshot 282

Seruan boikot tak berasas, kata pengarah urusannya Azmir Jaafar yang memaklumkan restoran itu milik penuh Reza Group dari Arab saudi bersama rakan niaga tempatan.

Sila klik sini untuk membaca kenyataan rasmi dari laman web McDonald’s ini.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama berdoa agar krisis di Palestin akan reda dan keadilan akan ditegakkan di bumi Palestin itu. Terdapat juga pelbagai tabung derma seperti Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

–> Sila baca Tebus RM150: Permohonan Bantuan eWallet Di Bawah eBelia PEMERKASA 2021

–> Sila baca RASMI: Tarikh Bayaran i-Sinar KWSP Bulan Mei & Jun – dan cara semakan

Leave a Comment