Intensif Khas Pelajar Cemerlang Biasiswa MAIWP
Intensif Khas Pelajar Cemerlang Biasiswa MAIWP – Maklumat lanjut berkaitan permohonan Biasiswa Intensif Khas MAIWP Pelajar Cemerlang adalah seperti berikut; Pemohon yang layak boleh memohon bantuan ini sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan dibuka sehingga 11 November 2022 (Jumaat)
Bidang Pengajian Yang Ditaja;
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KLINIKAL & KESIHATAN
Perubatan, Pergigian, Farmasi, Bioteknologi Perubatan, Audiologi, Optometri dan lain-lain yang berkaitan.
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SASTERA
Pengajian Islam (Semua Bidang) dan lain-lain yang berkaitan.
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN SAINS SOSIAL
Perakaunan, Perbankan Islam, Undang-undang, Sains Teknologi, Teknologi Maklumat dan lain-lain yang berkaitan.
IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJIAN KEJURUTERAAN
Eletrik, Elektronik, Kimia, Senibina, Ukur Bahan,Mekanikal dan lain-lain yang berkaitan.
ATAU
lain-lain bidang pengajian yang telah mendapat akreditasi penuh oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MOA)/Badan Profesional dan mematuhi hukum syara’.
Syarat Umum Permohonan; Warganegara Malaysia beragama Islam, Bermastautin dan masih menetap di Wilayah Persekutuan tidak kurang daripada 1 tahun,Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak, Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah dan syarat biasiswa MAIWP, Syarat khusus permohonan boleh rujuk laman web www.maiwp.gov.my
Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun melalui pautan di bawah;
>> BORANG BIASISWA DALAM NEGARA TAHUN 2022.pdf <<
Atau boleh didapati di pejabat MAIWP di alamat;
Kaunter Agihan Aras 1, Bangunan PERKIM, Jalan Sultan Azlan Shah, 51200 Kuala Lumpur
Semua kaunter Pusat Agihan Zakat (PAZA)
Kaunter MAIWP Cawangan WP Putrajaya
Kaunter MAIWP Cawangan WP Labuan
Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Bagi Skim Bantuan Biasiswa MAIWP (Insentif Khas Pelajar Cemerlang)
Sila pastikan semua keperluan dan dokumen yang dikehendaki adalah LENGKAP seperti berikut:
Dua keping gambar berukuran pasport pelajar dengan latar belakang putih. (menutup aurat bagi wanita).
Salinan kad pengenalan pemohon (Ketua Keluarga) & Pelajar
Salinan kad pengenalan suami/bapa, isteri/ibu dan tanggungan/ surat anak angkat JPN/ akuan sumpah wali jika tanggungan bukan anak kandung (tidak termasuk yang sudah berkahwin/bekerja)
Salinan penyata gaji/ pencen/ PERKESO/ suami/ bapa dan isteri/ penyata pendapatan TERKINI ibu/ pengesahan pendapatan suami/ bapa dan isteri/ ibu *disahkan oleh ketua kampung (WP Labuan Sahaja*)
Salinan sijil nikah.
Salinan sijil cerai/prosiding mahkamah/pengesahan masalah keluarga TERKINI dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) JAWI TERKINI.*
Salinan sijil peperiksaan SPM (Wajib)/ STAM/ Salinan Transkrip Penuh/ Salinan Sijil Diploma Qiraat yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, JPA, KPT dan Universiti Al-Azhar.
Satu salinan sijil kematian ibu/bapa/suami/isteri.*
Salinan kad penukaran agama Islam.*
Salinan kad pemohon/ tanggungan untuk orang kelainan upaya (OKU).*
Surat pengesahan sakit kronik pelajar/pemohon/tanggungan dari hospital kerajaan sahaja.*
Salinan bil utiliti / cukai pintu TERKINI.
Salinan surat tawaran belajar pemohon/pelajar ke IPT/ Slip Pengesahan Permohonan melalui KPT/ Surat Tawaran Belajar daripada KPT.
Salinan Pengesahan Belajar/ Kad Pelajar/ Surat Tawaran tanggungan yang belajar di IPT.
Salinan buku akaun bank pelajar (KECUALI Tabung Haji, ASB, Ar-Rajhi & Agro Bank)
Salinan sijil kurikulum, kokurikulum dan dokumen sokongan yang berkaitan.*
*jika berkenaan*
PERHATIAN
***Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diterima dan diproses.
Pertanyaan dan Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan mengenai tawaran Biasiswa MAIWP Pelajar Cemerlang ini sila hubungi;
03-40477600 sambungan 7410/7411/7412/7413/7632
Syarat khusus permohonan boleh rujuk laman web www.maiwp.gov.my
BACA JUGA INFO: Info Bayaran Bantuan Tambahan Bagi Golongan Bujang B40
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. -Biasiswa MAIWP