Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat Malaysia

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat Malaysia

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat Malaysia – i-Sayang merupakan suatu inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk membuat pengeluaran KWSP dengan memindahkan caruman sebanyak 2% syer pekerja yang diterima ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP. Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Ahmad Badri Mohd Zahir berkata, inisiatif ini akan membenarkan pengeluaran KWSP atau pemindahan secara sukarela sebanyak 2% daripada akaun suami ke akaun isteri.

Berikut kami kongsikan maklumat yang lebih lanjut berkenaan skim i-Sayang ini buat makluman bersama.

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat Malaysia

Kelebihan Skim i-Sayang KWSP (Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP)
Berikut dikongsikan kelebihan dan ciri-ciri skim i-Sayang KWSP:

– Pindahan 2% caruman syer pekerja suami ke akaun KWSP isteri.
– Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
– Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
– KWSP membahagikan caruman i-Sayang sebanyak 2% ke dalam akaun isteri (penerima) dengan mengkreditkan 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Syarat Kelayakan i-Sayang KWSP
1) Suami – Pemberi
– Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
– Ahli KWSP
– Belum mencapai umur 75 tahun
– Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

2) Isteri – Penerima
– Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
– Ahli KWSP
– Belum mencapai umur 75 tahun
– Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia

Mohon Juga: Semakan Bantuan E-Kasih 2023 Untuk Golongan B40

Semak di sini: Kerajaan muktamadkan Insiatif Program Fasiliti Sokongan Akaun 2

Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP Untuk Rakyat Malaysia

Cara Mohon i-Sayang KWSP (Inisiatif Baru Pengeluaran KWSP)
Permohonan pendaftaran i-Sayang dibuat secara sukarela oleh suami (pemberi) melalui dua (2) saluran berikut:

– i-Akaun (Ahli); ATAU
-Pejabat KWSP yang berhampiran berserta dengan Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang telah lengkap diisi.

Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.

Pembatalan i-Sayang KWSP
Pembatalan tidak boleh dilakukan terhadap pendaftaran i-Sayang yang telah diluluskan tanpa apa-apa sebab. Suami (pemberi) hanya boleh membuat pembatalan jika berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima).

Sekiranya berlaku penceraian atau kematian isteri (penerima), suami (pemberi) perlu hadir segera ke kaunter KWSP untuk membuat permohonan pembatalan. Kelewatan dalam memaklumkan perkara ini kepada KWSP akan mengakibatkan pemindahan caruman terus dibuat ke dalam akaun isteri (penerima).

Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut berkaitan i-Sayang boleh diperoleh melalui saluran-saluran berikut:

– Laman web rasmi KWSP di https://www.kwsp.gov.my; ATAU
– Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000; ATAU
– Cawangan KWSP yang berhampiran.
– Terus ke pautan pantas https://www.kwsp.gov.my/ms/member/i-sayang

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.

Leave a Comment