“Saya tak tengok pun” – Ini alasan seniwati Fauziah Nawi tak ‘lalu’ tengok Mat Kilau

“Saya tak tengok pun” – Ini alasan seniwati Fauziah Nawi tak ‘lalu’ tengok Mat Kilau

Fauziah mengakui mempunyai alasan tersendiri mengapa sehingga kini masih belum terbuka hati menonton filem pecah panggung arahan Syamsul Yusof, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan.

 

GOMBAK – Ketika penerbit filem Mat Kilau sudah pun mengesahkan pembikinan versi prekuel tahun depan, seniwati terkenal, Fauziah Nawi menjadi antara individu yang belum terpanggil menyaksikan filem fenomena berkenaan.

“Saya tak tengok pun. Saya takut nak pergi! Semua filem dan tempat terbuka macam panggung wayang sampai sekarang saya tak pergi okey. Sebab C0v1d-19.

C7E1795C 281A 4A05 83FE 596EF8F5B594

Kata Fauziah, 69, beliau bagaimanapun sangat menghormati bakat pengarahan Syamsul yang disifatkannya mempunyai sentuhan emas.

“Tentulah orang kata ada juga yang tak kena (tentang filem tersebut). Tetapi, bagi saya, dialah yang menyebabkan sekarang mengapa orang tengok cerita Melayu.

“Bukan sebab saya tak nak terima idea orang baharu macam Syamsul. Dia pegang apa pun, jadi emas. Apa yang ditonjolkannya dalam Mat Kilau adalah cara dia (mengarah).

Jelas Fauziah, sungguhpun filem berkenaan mencatat kutipan paling laris sepanjang zaman dalam sejarah filem tempatan, beliau merasakan ada elemen tidak tepat tentang filem terbitan Studio Kembara tersebut.

“Dapat kutipan panggung yang tinggi. Sungguhpun begitu, banyak yang tidak ‘kena’ tentang filem berkenaan,” ujarnya kepada Kosmo! Online usai sidang media teater Srikandi Tun Fatimah arahannya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), di sini semalam.

“Apa yang utamanya, saya tak tengok di panggung sebab saya takut. Apa-apa jadi pada saya, mati saya nanti sebab C0v1d-19,” katanya.

3C3FE5B0 0F2A 4496 978C 445A96AB1241 1

“Bukan sebab Mat Kilau arahan Syamsul terlalu komersial. Mana ada orang dahulu gunakan perkataan atau bahasa sebegitu. Maaf, saya tak tengok. Lantaklah macam mana sekalipun.

“Tapi satu perkara, saya puji (Syamsul), dia pegang apapun, menjadi. Secara peribadi, saya lebih suka adiknya (Syafiq Yusof) punya ‘touch’ (sentuhan) lagi sebagai pengarah.

Ketika ditemu bual, Fauziah memuji Syamsul namun pada masa sama, memaklumkan dirinya lebih menggemari filem-filem garapan adik pengarah terbabit, Syafiq Yusof.

“Syamsul tahu sasaran dan pasaran dia. Itu kelebihannya. Syamsul dia buat apapun, memang menjadi,” ulas pelakon yang juga aktivis teater itu jujur.

sumber: KOSMO! ONLINE

Leave a Comment