INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi

INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi

INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi – Sebagai rakyat marhaen yang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi setiap 5 tahun sekali, kita mestilah peka kepada tarikh dan masa yang telah diberitahu dan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkenaan dengan informasi penting PRU15. Berikut ini adalah tarikh yang telah ditetapkan.

Tumpuan negara hari ini tampaknya semua sedang beralih kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). Sebanyak 27 parti bakal bertanding mewakili 5 gabungan yang mana termasuk beberapa parti baru akan memberi saingan hebat pada PRU15 nanti. Tarikah 19 November 2022, hanya sekitar beberap hari dari sekarang akan menjadi tarikh keramat pengundiaan bagi pilihan raya kali ini.

10 Proses Pilihanraya Menurut SPR
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa banyak proses lain yang berlaku sebelum negara Malaysia melangsungkan PRU termasuklah PRU15 kali ini. Berikut adalah proses yang biasanya akan berlaku sebelum PRU.

INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi

1. Parlimen dibubarkan
Proses pertama yang akan terjadi sebelum PRU adalah Perdana Menteri dengan perkenan Yang di-PerTuan Agong akan membubarkan Parlimen iaitu Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Bagi pilihan raya kali ini, kerajaan campuran pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri iaitu sebagai Kerajaan Sementara yang mempunyai kuasa sementara dan terhad untuk menjalankan tugas-tugas secara interim telah mengumumkan pembubaran parlimen ke-14 seminggu selepas Bajet 2023 diumumkan.

2. SPR menerima maklumat rasmi daripada speaker
SPR diberikan masa selama 60 hari untuk menguruskan dan membuat persiapan bagi melangsungkan pilihan raya. Ini termasuklah tempoh tidak kurang 4 hari dan tidak lebih 10 hari untuk pemakluman rasmi oleh speaker berkenaan dengan pembubaran tersebut.

Apabila pemakluman rasmi dinyatakan, barulah ahli SPR akan mengadalan mesyuarat khas untuk menentukan tarikh-tarikh penting yang sesuai.

3. Mesyuarat khas oleh SPR
Mesyuarat SPR akan berlangsung untuk menentukan tarikh-tarikh penting yang PRU15 seperti:

Tarikh Hari Penamaan Calon

Tarikh Hari Undi Awal
Tarikh Berkempen
Tarikh Hari Mengundi PRU15

4. Penerimaan writ daripada oleh pegawai pengurus daripada SPR
SPR mesti melantik Pegawai Pengurus di setiap bahagian pilihan raya. Dalam masa yang sama SPR juga bertanggungjawab mengeluarkan writ kepada semua Pegawai Pengurus bagi setiap bahagian pilihan raya dan notis bagi tarikh penamaan calon dan tarikh rasmi hari pengundian termasuklah:

Kempen pilihan raya
Hari pengundian
Keputusan pilihan raya
Writ yang dimaksudkan ini adalah surat kuasa yang dikeluarkan oleh SPR untuk Pegawai Pengurus melaksanakan PRU atau pilihan raya kecil jika ada kekosongan pada bahagian tersebut.

5. Notis dikeluarkan oleh Pegawai Pengurus
Pegawai Pengurus akan mengeluarkan notis pemberitahuan kepada orang ramai mengenai kekosongan Dewan Rakyat/Dun untuk memulakan penamaan calon bagi mengisi kerusi itu.

6. Hari penamaan calon berlangsung
Penamaan calon hanya akan berlangsung selama sehari di mana calon hadir dan menyerahkan kertas penamaan kepada Pegawai Pengurus.

7. Berkempen
Selepas penamaan calon, maka bermulalah kempen selama 10 – 14 hari. Masa akhirnya yang ditetapkan adalah pada jam 12 tengah malam sebelum hari mengundi.

8. Pengundian awal
Golongan seperti Polis, Tentera dan pasangan, PGA dan pasangan akan dibenarkan untuk membuat undi awal iaitu 3 hari sebelum tarikh hari mengundi.

9. Hari pengundian berlangsung
Rakyat Malaysia akan keluar untuk mengundi di saluran pengundiaan masing-masing yang telah ditetapkan.

10. Pengiraan jumlah undi dan keputusan rasmi diumumkan
Pegawai Pengurus di setiap bahagian pilihan raya akan menjumlah undi yang diterima daripada Ketua Tempat Mengundi dan Penolong Pengurus Pengundian Pos. Kemudian, pengistiharaan keputusan rasmi akan diumumkan.

Parti yang memperoleh undi majoriti mudah atau 2/3 akan membentuk satu kerajaan baru yang akan mentadbir Malaysia.

Apa Yang Perlu Dibawa Semasa Mengundi, INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi
Khusus bagi mereka yang pertama kali mengundi, ini adalah perkara yang perlu anda siapkan sebelum keluar menjalankan tanggungjawan sebagai pengundi.

-Semak status pendaftaran undi
-Bawa dokumen kad pengenalan, atau salah satu dari dokumen seperti pasport antarabangsa, resit kad pengenalan sementara bergambar, resit laporan kehilangan kad pengenalan bergambar yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, lesen memandu bergambar, atau kad kuasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerajaan.
-Tunjukkan dokumen pengenalan diri
-Tunjukkan slip nombor saluran tempat mengundi
-Celup dakwat kekal
-Dapatkan kertas undi
-Buang undi
-Selesai

Cara Buat Semakan Tempat Mengundi
Untuk menyemak daftar pemilih, anda boleh semak menggunakan aplikasi MySPR atau di laman web rasmi SPR. Berikut adalah cara-caranya:

INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi

: Layari https://mysprsemak.spr.gov.my/

 

BACA JUGA : KWSP Dibenarkan Untuk 4 Kategori Ini

INFO PRU 15

Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.

Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. -INFO PRU 15: Tarikh Penting Dan Cara Semak Tempat Mengundi

Leave a Comment