Info lanjut permohonan MPPK 2.0

Info lanjut permohonan MPPK 2.0. Bank Rakyat menawarkan Program Pembiayaan Mikro-i untuk Penjaja dan Peniaga Kecil (MPPK 2.0), eksklusif untuk usahawan yang menjalankan perniagaan secara dalam talian.

Apa yang menariknya, skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM10,000 dengan kadar faedah / kadar keuntungan 0 peratus dengan tempoh pembiayaan sehingga 5 tahun.

permohonan MPPK 2.0

Info lanjut permohonan MPPK 2.0

MPPK 2.0 merupakan inisiatif pembiayaan untuk menyokong kesinambungan perniagaan yang baru muncul daripada krisis COVID. Ia khas untuk usahawan Mikro dan Informal khusus yang menjalankan perniagaan secara dalam talian (online).

Berikut merupakan maklumat mengenai Info lanjut permohonan MPPK 2.0 Skim Pembiayaan Mikro-I Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK). Objektif Skim Pembiayaan Mikro-i Penjaja & Peniaga Kecil (MPPK 2.0) adalah untuk membantu usahawan Mikro dan Informal dalam mengekalkan kelangsungan operasi perniagaan supaya dapat berdaya saing pasca Pandemik COVID-19.

– Berikut merupakan maklumat berkaitan pembiayaan yang ditawarkan;

PERKARA PENERANGAN

1. Semakan CCRIS & CTOS Dikecualikan
2. Moratorium 12 Bulan
3. Kadar Keuntungan 0%
4. Saiz Pembiayaan Sehingga RM10,000
5. Tempoh Bayaran Pembiayaan Sehingga 5 Tahun
6. Peruntukan 2 Juta

Syarat dan Kelayakan

1. Warganegara Malaysia yang berumur 18 – 60 tahun
2. Terbuka kepada individu
3. Penjaja atau peniaga kecil yang menjalankan mikro enterprise secara sepenuh masa
4. Mempunyai lesen/permit/daftar perniagaan yang sah dikeluarkan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
5. Bagi pelanggan informal, surat pengesahan berniaga daripada ketua komuniti perlu diperolehi
6. Aktiviti perniagaan mestilah patuh Shariah

Cara Memohon

Layari pautan di bawah untuk permohonan secara atas talian;

https://qr2e.bankrakyat.com.my/

Seterusnya ikuti langkah berikut;

– Pilih menu e-biz suite
– Pilih menu Pembiayaan Mikro-i
– Pelanggan perlu memilih sama ada teruskan permohonan atau sesi rundingan dan khidmat nasihat.
– Sekiranya anda memilih untuk meneruskan permohonan, anda perlu mengisi beberapa maklumat berkaitan permohonan, organisasi/perniagaan, maklumat pasangan/perujuk dan akuan perkongsian maklumat

Info lanjut permohonan

– Sila hubungi Bank Rakyat di 1-300-80-5454 atau [email protected] atau kunjungi Laman Khas Bank Rakyat

Maklumat lanjut,

layari https://qr2e.bankrakyat.com.my

Sumber: Bank Rakyat dan Portal Bajet 2022

Leave a Comment