BANTUAN: Individu yang dalam proses rayuan BPN akan tetap dapat Bantuan Khas Covid-19 (September)

Proses rayuan BPN akan tetap dapat Bantuan Khas Covid-19

Bantuan Prihatin Nasional (BPN) adalah salah satu bantuan yang disediakan oleh kerajaan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang akan diberikan secara one-off kepada golongan B40 dan M40. Manakala Bantuan Khas Covid-19 (BKC) adalah bantuan tunai langsung yang disediakan oleh Kerajaan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat akibat pandemik COVID-19 sehingga akhir tahun 2021.

–> Sila baca Senarai Semua Bantuan Yang Anda Layak ~ cara semakan bantuan 2021

Intipati Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Mohd. Shahar Abdullah

  1. Bayaran BKC akan dibuat selepas keputusan rayuan kelulusan BPN diperolehi yang dijangka pada bulan September ini.
  2. “Sekiranya layak mereka juga akan menerima BKC dan sekiranya tidak layak BPR kita akan gunakan kaedah silang data untuk semak dengan data percukaian dan sekiranya mereka memenuhi syarat M40 mereka juga tidak akan terkecuali menerima bantuan ini.”
  3. BKC yang melibatkan peruntukan sebanyak RM4.6 bilion akan memberi manfaat kepada kira-kira 10 juta isi rumah yang terjejas akibat Covid-19.
  4. Penerima bantuan BKC terdiri daripada golongan B40, M40 dan golongan bujang akan disalurkan dalam tiga fasa pada September, November dan Disember 2021.
  5. “Mengambil kira pembayaran BPN 2.0, BPR, BPR Tambahan dan BKC, bantuan tunai yang disediakan sehingga kini kepada hampir 10 juta penerima adalah sebanyak RM12.3 bilion manakala jangkaan baki pembayaran BPR (fasa 3 dan rayuan), BKC (Fasa 2 dan 3) dan BKP pada September hingga Disember 2021 dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.”
  6. Secara keseluruhan peruntukan berjumlah RM17.1 bilion telah disediakan kerajaan tahun ini bagi melaksanakan BPN 2.0, Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Tambahan, BKC dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP).

“Apa pun kita mesti bantu rakyat terkesan tetapi apa yang kita buat mesti mematuhi syarat yang ditetapkan,”katanya selepas menyaksikan program penyampaian BKC.

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment