Iklan Jawatan Kosong – Temuduga Terbuka Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Kuala Lumpur 19 Mac 2021

Jawatan Kosong Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

Kekosongan 2021 Sebagai Pekerja Sambilan Harian di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP

Dewan Bahasa dan Pustaka DBP membuka peluang pekerjaan kepada Warganeraga Malaysia yang ingin membina kerjaya di Dewan Bahasa dan Pustaka DBP sebagai Pekerja Sambilan Harian. Calon yang berkelayakan diseru untuk menghantar permohonan jawatan kosong ini melalui cara-cara yang ditetapkan.

Jawatan: Pekerja Sambilan Harian
Kumpulan Perkhidmatan: Pengurusan dan Profesional serta Pelaksana
Penempatan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Malaysiakini - DBP clears the air over headquarters' roof demolition

v1

Syarat Lantikan Jawatan

Pemohon hendaklah memiliki kelayakan seperti yang berikut:

  • Kelayakan Akademik Syarat Lantikan
  • Ijazah Sarjana Muda: Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Diploma: Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Cara-Cara Memohon

  1. Temu duga terbuka akan diadakan pada ketetapan seperti yang berikut
    • Tarikh : 19 Mac 2021 (Jumaat)
    • Masa : 8.00 pagi hingga 11.00 pagi
    • Tempat : Aras 6, Wisma DBP, 50460, Kuala Lumpur
  2. Calon yang berminat perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan Pekerja Sambilan Harian Borang PSM: 2/2019 dengan lengkap.
  3. Borang boleh dimuat turun dengan melayari laman sesawang DBP, http://www.dbp.gov.my. Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dibawa semasa temu duga.
  4. Calon juga perlu membawa sijil dan dokumen asal serta salinan seperti yang berikut:
    a) Kad Pengenalan;
    b) Ijazah berserta transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan);
    c) Diploma berserta transkrip (mengikut keperluan syarat lantikan);
    d) Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia (mengikut keperluan syarat lantikan);
    e) Gambar berukuran pasport (ditampal bersama borang permohonan); dan
    f) Sijil akademik, sijil khas atau pentauliahan dari badan ikhtisas, kokurikulum dan kursus yang lain.
  5. Hanya permohonan yang lengkap dan memenuhi syarat lantikan seperti perkara 2 sahaja yang akan dipertimbangkan untuk ditemu duga.
  6. Calon akan diminta mengambil ujian ringkas tentang perakaunan bagi jawatan berkaitan dan calon wajib berpakaian kemas semasa menghadiri temu duga.
  7. Calon wajib mematuhi tatacara dan tanggungjawab calon temu duga seperti lampiran.
  8. Hanya calon berjaya dan calon simpanan sahaja yang akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat dan e-mel.
  9. Calon yang tidak menerima jawapan dalam tempoh satu (1) bulan selepas tarikh temu duga ini dianggap tidak berjaya.
  10. Segala keputusan dalam urusan ini muktamad.Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan atau panggilan selepas 1 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap TIDAK BERJAYA.

Para pemohon boleh membaca iklan penuh jawatan kosong ini di laman web DBP di sini.

v

Iklan Jawatan Kosong – Temuduga Terbuka Dewan Bahasa dan Pustaka DBP Kuala Lumpur 19 Mac 2021

Lokasi kekosongan: Kuala Lumpur

Tarikh tutup permohonan: 19 Mac 2021

 

57 Jawatan Kosong Untuk Dimohon di Syarikat Jabil Sdn. Bhd. (Global Business Center)! Sila klik link di sini.

Selamat maju jaya!

Leave a Comment