i-Suri KWSP – Panduan Permohonan Bantuan Suri Rumah RM 480

Bantuan Kebajikan untuk Suri Rumah (Bantuan i-Suri)

Apa itu Program Sukarela Insentif – iSuri?

Para suri rumah kini boleh memilih caruman KWSP melalui insentif khas baru KWSP di bawah i-Suri. Bantuan Suri Rumah i-Suri ini disediakan khas untuk memastikan kesejahteraan suri rumah dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada keluarga anda dan pembangunan negara.

 

Apakah manfaat i-Suri?

Pihak Kerajaan yang sememangnya menyokong serta menggalakkan program skim ini akan turut membuat sumbangan caruman kepada pencarum KWSP di mana bagi ahli i-SURI yang layak akan menerima banyak faedah seperti yang dijelaskan di bawah.

  1. Menerima sumbangan kerajaan RM480 setiap tahun
  2. Kebebasan mencarum dalam apa-apa amaun dan bila-bila masa mengikut kemampuan DAN masih boleh membuat pengeluaran mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan
  3. Menerima dividen tahunan KWSP
  4. Bantuan Kematian (tertakluk kepada terma dan syarat KWSP)

 

Siapa boleh mencarum?

  1. Diri sendiri (suri rumah), dan
  2. Suami kepada isteri yang berkelayakan

 

Kelayakan Sebagai Pencarum i-Suri

  1. Memiliki kewarganegaraan Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 60 tahun
  3. Merupakan isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR)
  4. Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) Wanita yang terdiri daripada jandai/bercerai bujang atau balu
  5. Surirumah yang telah mendaftar diri di dalam sistem e-Kasih pada 30 November 2020
  6. Mencarum RM 5.00 sebulan atau RM 60.00 setahun

Sila tekan link di sini untuk membaca brochure di atas.

 

Cara-Cara Mendaftar dan Pembayaran

Bagi mereka yang ingin memohon, bantuan suri rumah i-Suri ini boleh didapati melalui pendaftaran yang boleh dibuat di mana – mana cawangan kaunter KWSP terdekat.

Terdapat tiga cara mudah pembayaran caruman iaitu :

  1. Pembayaran secara tunai atau cek boleh dibuat melalui kaunter peresitan KWSP
  2. Pembayaran secara tunai atau cek boleh dibuat melalui kaunter panel bank KWSP (RHB Bank, Maybank, Bank Simpanan Nasional dan Public Bank )
  3. Pembayaran boleh dibuat melalui pindahan wang melalui perbankan internet oleh bank yang dilantik ( Public Bank dan Maybank)

 

Apa yang diperlukan untuk mendaftar?

  1. MyKad,
  2. Borang i-Suri : KWSP 16G (M) (Pendaftaran kali pertama sahaja), dan
  3. i-Suri : KWSP 6A (2) (Semasa pembayaran)

i-Suri KWSP – Panduan Permohonan Bantuan Suri Rumah RM 480

Sebarang info lanjut boleh tentang bantuan suri rumah ini boleh diajukan kepada sekretariat i-SURI melalui Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03-89226000 atau di laman web rasmi KWSP di sini.

Bagi ahli yang ingin mengetahui tentang insentif yang layak dinikmati, sekretariat di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) boleh dihubungi di talian 03-80008000 atau melalui laman web rasmi KPWKM di sini.

 

Lihat juga: i-Akaun KWSP – Semakan Penyata KWSP Online dengan menekan link di sini.

Selamat maju jaya!

 

 

 

Leave a Comment