i-Sinar KWSP: Cara Membuat Rayuan Permohonan

i-Sinar KWSP: Cara Mohon Rayuan Melalui Online

Apa itu i-Sinar?

i-Sinar merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas dalam tempoh krisis COVID-19 bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.

si

 

Bagi rakyat Malaysia yang telah memohon i-Sinar kategori 2, pastinya sedang tertunggu-tunggu tarikh semakan kelulusan.

Bagi pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan, makluman terkini telah dikeluarkan oleh pihak KWSP melalui laman Facebook KWSP. Pengumuman itu memberitahu bahawa terdapat masalah teknikal yang dihadapi pada paparan status i-Sinar Online. Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di laman Instagram dan Facebook KWSP tengah malam Ahad itu, perbadanan tersebut memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

Bahawasanya, para pemohon adalah disarankan untuk menyemak semula status semakan masing-masing bermula 8.00 pagi pada 8 Februari 2021 (Isnin).

sinar

 

Bagaimana nak menyemak status i-Sinar?

Cara 1: Melalui Portal i-Sinar

  1. Sila layari laman web rasmi iSinar KWSP di https://isinar.kwsp.gov.my
  2. Isi maklumat yang diperlukan
  3. Sila tekan butang SEMAK STATUS

Cara 2: Melalui i-Akaun KWSP

  1. Sila layari laman web rasmi KWSP di https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login
  2. Log masuk i-Akaun KWSP (ahli)
  3. Klik pada peti mesej atau inbox
  4. Akan dipaparkan status permohonan sama ada proses permohonan anda telah diluluskan
  5. Pengguna boleh juga memuat turun aplikasi mudah alih i-Akaun daripada Google Play dan App Store di smartphone masing-masing.

kwsp

Untuk pengetahuan anda, permohonan i-Sinar masih dibuka sehingga 30 Jun 2021.

 

Bagaimana nak membuat rayuan jika permohonan gagal?

Bagi mereka yang telah menyemak status permohonan rayuan dan permohonan ditolak atau tidak berjaya, ada beberapa isu yang mungkin menjadi faktor permohonan anda ditolak. Contohnya:

  • Data yang diisi tidak tepat atau terkini
  • Perubahan amaun permohonan
  • Kesilapan nombor akaun bank
  • Nombor akaun bank tidak aktif lagi
  • Dan lain-lain

Oleh itu, tarikh rayuan i-Sinar KWSP akan dimaklumkan kemudian oleh pihak KWSP di laman rasmi i-Sinar iaitu https://isinar.kwsp.gov.my/

sinar3

 

i-Sinar KWSP: Cara Membuat Rayuan Permohonan

Oleh yang demikian, bagi mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan kewangan, bolehlah melakukan permohonan.

Diharapkan program i-Sinar ini dapat meringankan beban di musim PKP ini.

Sila baca soalan-soalan lazim mengenai i-Sinar KWSP di sini.

 

Lihat juga: SEMAKAN KELULUSAN I-SINAR KATEGORI 2 BERMULA HARI INI – 8 FEBRUARI 2021 di sini.

Selamat maju jaya!

 

 

Leave a Comment