Bantuan i sejahtera RM200 ,Senarai Penerima yang layak menerima – Mohon Sekarang!
i Sejahtera RM200 Bantuan Kerajaan terkini – Salah satunya melalui i-Sejahtera yang diberikan kepada mereka yang layak membantu mereka dan sebagai sumbangan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri.
i Sejahtera RM200 Bantuan Kerajaan terkini
Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan di bawah program ini:-
Bantuan i-Sejahtera RM200:
-Program Penghargaan Warga Emas: RM200
-Program Bantuan OKU: RM200
Syarat-syarat Kelayakan
Program Penghargaan Warga Emas
Pemohon mestilah berumur 60 tahun ke atas pada tahun semasa mendaftar;
Berdaftar di dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang.
Program Bantuan OKU
-Pemohon mestilah warganegara Malaysia;
-Pemohon mestilah menetap di Negeri Pulau Pinang;
-Pemohon mestilah seorang OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Cara Memohon i Sejahtera RM200 Bantuan Kerajaan terkini
Untuk yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Portal Rasmi iSejahtera.
Tatacaranya adalah seperti berikut:
Sila klik butang Permohonan Baru dan Semakan Status;
Sila masukkan nombor kad pengenalan;
Semak No Kad Pengenalan;
Mohon Program Penghargaan untuk mendaftar ID dan kata laluan;
Log in Masuk menggunakan no kad pengenalan anda dan isikan kata laluan yang ditetapkan;
Sila lengkapkan borang permohonan dan muatnaik dokumen-dokumen sokongan;
Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon perlu menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (bagi program OKU).
Mengenai tarikh pembayaran bantuan ini, ia akan dilaksanakan secara berperingkat.
Bagi pemohon menerima sumbangan bagi tahun semasa, pendaftaran pemohon hendaklah lengkap dan disahkan sebelum 30 Jun setiap tahun.
Manakala, bagi permohonan yang dibuat selepas 30 Jun, pemohon akan menerima bayaran caruman pada tahun berikutnya.
BACA JUGA: Ahli KWSP Tidak Aktif diberikan peluang keluarkan wang
Cara Tuntutan dan Syarat Kelayakan Skim MYSALAM
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami.
Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. – i Sejahtera RM200 Bantuan Kerajaan terkini