i-Sejahtera Bantuan Khas
i-Sejahtera Bantuan Khas Negeri Pulau Pinang 2022. Antara jenis bantuan di bawah program i-Sejahtera 2022 adalah seperti berikut:.
Bayaran (1) Sekali Setahun. Program Penghargaan Warga Emas: RM150.
Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100. Program Ibu Emas: RM100.
Program Bantuan Orang Kurang Upaya: RM150. Program Bantuan Teksi dan Bas Sekolah.
Bayaran One-Off (Secara Terus). Program Anak Emas: RM200.
Khairat Kematian: RM1,000.
Syarat Kelayakan
Syarat utama program i-Sejahtera Bantuan Khas ialah pemohon mestilah Warganegara Malaysia dan menjadi pengundi di Pulau Pinang (Kecuali Program OKU).
Keperluan lengkap setiap program i-Sejahtera Bantuan Khas beserta dokumen yang perlu disediakan boleh dilihat di pautan syarat kelayakan.
Cara Permohonan
Program i-Sejahtera boleh dibuat secara dalam talian di portal i-Sejahtera.
Pergi ke portal https://isejahtera.penang.gov.my/.
Klik Permohonan Baru & Semakan Status.
Semak No Kad Pengenalan.
Mohon Program Penghargaan untuk mendaftarkan ID dan kata laluan.
Log in menggunakan nombor kad pengenalan dan kata laluan yang ditetapkan.
Lengkapkan borang permohonan dan muat naik dokumen sokongan.
Sekiranya dokumen tidak dimuat naik melalui sistem, pemohon hendaklah menghantar salinan dokumen sokongan ke Pejabat Daerah/Pusat Khidmat
KADUN/Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (untuk program OKU).
Kaedah Pembayaran i-Sejahtera
Pemohon dinasihatkan untuk memilih kaedah EFT (Electronic Funds Transfer) kerana lebih mudah. Pembayaran I-Sejahtera dibuat secara TUNAI. Walau bagaimanapun.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi nombor di talian 04-650 5699.
Disclaimers – Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih.
Sumber : bantuan i-Sejahtera
Baca Juga : Jumlah BKM Ditambah Jika Barang Asas Naik