i-Sejahtera RM200 Untuk B40
i-Sejahtera – merupakan sebuah sistem yang dibangunkan untuk melancarkan pengurusan penyaluran pelbagai bantuan kebajikan dan penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Pulau Pinang.
Program pertama dalam sistem ini adalah Program Penghargaan Warga Emas dan akan diperluaskan lagi untuk program kebajikan seperti berikut:
- Program Ibu Tunggal
- Program OKU
- Program Anak Emas
- Program Pelajar Emas
- Program Ibu Emas
- Program Bantuan One-Off
Sistem ini digunakan oleh orang awam,Pusat Khidmat (KADUN) dan Parlimen,Pejabat Masyarakat Penyayang, Bahagian Perancang Ekonomi Negeri (BPEN), Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM dan PKMD) bagi urusan yang melibatkan permohonan, pendaftaran, pengemaskinian, pengesahan permohonan, dan pengurusan pembayaran.
Selain itu, sistem ini juga akan diperluas lagi untuk sebarang program-program kebajikan negeri pada masa akan datang.
Bantuan i-Sejahtera
- Program Warga Emas
- Program Bantuan Ibu Tunggal
- Program Kemiskinan AES
- Program Bantuan OKU
- Program Anak Emas
- Program Ibu Emas
Cara Membuat Pendaftaran i-Sejahtera
Pendaftaran boleh dilakukan secara atas talian ataupun secara manual. Berikut dikongsikan cara untuk membuat pendaftaran:
- Pendaftaran secara online boleh melayari laman web rasmi iSejahtera di https://isejahtera.penang.gov.my/
- Pendaftaran secara manual boleh dibuat dengan mengisi borang pendaftaran yang diberikan secara percuma dan boleh diperolehi di semua Pejabat Daerah, Pusat Khidmat ADUN / Parlimen atau Pejabat
- Masyarakat Penyayang, Paras 46 KOMTAR dan kembalikan borang tersebut beserta dokumen sokongan yang diperlukan mengikut jenis program yang dipohon.
Jumlah Bantuan i-Sejahtera
Berikut merupakan jumlah bantuan yang diterima oleh setiap pemohon yang layak:
Bayaran 1 Kali Setahun:
- Program penghargaan Warga Emas: RM150
- Program Bantuan Ibu Tunggal: RM100
- Program Ibu Emas: RM100
- Program Bantuan OKU: RM150
Rujuk Senarai Jumlah Bantuan BKM Untuk Kategori Keluarga 2022
Bayaran Sekali Secara One-Off:
- Program Anak Emas: RM200
- Khairat Kematian: Rm1,000
BACA JUGA: Bantuan Tambahan BKM RM500
BACA JUGA: Permohonan i-Fitri: Bantuan RM400 Untuk B40
Semakan Status Permohonan i-Sejahtera
Semakan status pendaftaran boleh dibuat melalui sistem iSejahtera atau dengan menghubungi Pejabat Masyarakat Penyayang di talian 04-650 5699 / 5700 atau Pejabat Daerah & Tanah mengikut daerah masing-masing
Maklumat Lanjut i-Sejahtera
Sebarang pertanyaan dan permasalahan mengenai bantuan ini, bolehlah rujuk laman web rasmi iSejahtera.
Lebih Banyak Info Terkini Melalui Telegram: portalsemakan
Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan “ i-Sejahtera ” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.