i-Sayang KWSP 2023, Semak Kelayakan & Jumlah Bayaran
i-Sayang KWSP 2023 – Raikan isteri dengan hadiah paling bermakna. i-Sayang merupakan inisiatif diperkenalkan oleh Kerajaan bagi memberi PILIHAN kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripadda majikan ke dalam akaun KWSP isteri (pencarum).
Perkara ini telah diwar-warkan sejak 2021 lagi dan telah dilancarkan bermula bulan Mac 2023 ini.
Melalui Kerajaan Perpaduan, pelbagai jenis bantuan atau inisiatif yang diberikan kepada setiap lapisan masyarakat bermula daripada golongan bujang, isi rumah dan warga emas.
Terkini, pihak KWSP telah melancarkan sebuah program i-Sayang. Semak kelayakan anda di bawah.
i-Sayang KWSP 2023
SYARAT KELAYAKAN i-Sayang KWSP 2023
SYARAT KELAYAKAN SUAMI (PEMBERI)
– Warganegara Malaysia atau bukan warganegara
– Ahli KWSP
– Belum mencapai umur 75 tahun
– Perkahwinan telah didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
SYARAT KELAYAKAN ISTERI (PENERIMA)
– Warganegara Malaysia
– Ahli KWSP
– Belum mencapai umur 75 tahun
– Perkahwinan didaftarkan di bawah undang-undang Malaysia
JUMLAH BAYARAN / CARUMAN
Suami boleh membuat
– pindahan 2 peratus (2%) caruman syer ke akaun KWSP isteri
Permohonan adalah sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
PENTING! Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri (penerima).
Semak Juga: Tiadakah simpati buat golongan jerlus KWSP?
Baca Juga: Jawatan Kosong di Gardenia Mac 2023
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
Tiada sebarang dokumen sokongan yang diperlukan semasa proses pendaftaran i-Sayang.
CARA PERMOHONAN
Terdapat 2 cara kaedah permohonan i-Sayang ini iaitu
1. Melalui i-Akaun Ahli
2. Walk in ke pejabat KWSP beserta Borang Permohonan Pendaftaran i-Sayang – KWSP 16G (SY) yang lengkap diisi.
Sumber : www.kwsp.gov.my
Perhatian – Myinfokerja kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.
Sudah baca jangan lupa like komen dan share kan pada kawan-kawan atau keluarga kita agar dapat manfaat bersama. Terima kasih semua. Klik sini Join Telegram Myinfokerja dan sini link whatsapp kami untuk info info bantuan kerajaan secara free.