Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Anak

i-Saraan KWSP

Berikut adalah perkongsian cara buat permohonan i-Saraan KWSP sebanyak rm250 untuk anak bagi ibubapa yang belum membuat permohonan ini.

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang di mana individu yang berusia 14 tahun sudah boleh mendaftar akaun Kumpulan Wang Simpanan Pesaraan untuk tahun ini.

Individu atau anak yang berumur 14 tahun ke atas dibenarkan membuat pendaftaran akaun KWSP adalah sebagai tujuan simpanan syariah dan simpanan untuk tempoh masa panjang anak-anak.

i-Saraan KWSP

Lihat Juga Tarikh Tutup Permohonan Bantuan BMT 2022

Pendaftaran Permohonan i-Saraan KWSP

Bagi pendaftaran akaun KWSP ini, ibu bapa tidak perlu menunggu anak-anak mula bekerja baru boleh membuat pendaftaran atau buka akaun.

Ibu bapa yang ingin membuat persediaan jangka masa panjang untuk anak-anak bolehlah membuat pendaftaran akaun dan mengisi wang di dalam simpanan mereka.

TERIMA INSENTIF i-Saraan KWSP RM250

Sekiranya anda membuka pendaftaran KWSP untuk anak-anak, mereka bakal menerima insentif kewangan tambahan sehingga RM 250 setiap tahun.

Sumber: Kerjasemasa.com

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN AKAUN i-Saraan KWSP

Berikut adalah langkah-langkah untuk membuat pendaftaran akaun untuk pemohon yang berumur 14 tahun dan ke atas.

Para ibu bapa boleh membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak berusia 14 tahun dan ke atas melalui mana-mana cawangan kiosk KWSP dengan mudah tanpa perlu pergi ke kaunter
Untuk pendaftaran sebagai ahli KWSP, Kad Pengenalan dan cap jari pemohon diperlukan. Sertakan di mana-mana kiosk KWSP
Untuk lebih baik, sila maklumkan kepada pegawai KWSP untuk membuka akaun ke simpanan syariah secara terus dan bukannya konvensional
Setelah selesai i-Akaun, pegawai KWSP akan membantu daftarkan ke akaun syariah anak
Seterusnya, maklumkan untuk membuat pendaftaran i-Saraan iaitu caruman secara sukarela yang akan menerima insentif RM 250

KELEBIHAN BUKA AKAUN KWSP UNTUK ANAK

Sekiranya anda membuat pendaftaran akaun KWSP untuk anak sebelum mereka bekerja lagi, ia bermaksud
anda mempunyai perancangan yang baik untuk simpanan jangka masa panjang anak
selain itu, anak anda turut akan menerima insentif tahunan maksimum RM 250
seterusnya, terima dividen setiap tahun
anak anda akan menerima skim khairat kematian KWSP RM 2,500

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut mengenai pendaftaran akaun untuk anak-anak ini atau mengenai KWSP, bolehlah anda sentiasa lawati Facebook rasmi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan laman web rasmi.

 

Pendaftaran Permohonan i-Saraan KWSP

Sumber Rasmi: KWSP.GOV

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan ini hanyalah ringkasan yang berkaitan dengan ”Permohonan i-Saraan KWSP RM250 Untuk Anak” sahaja dan semua hebahan adalah berpandukan sumber official yang sahih. Pihak kami tidak bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan kepada pembaca kami. Jadi sila pastikan anda berfikir panjang sebelum menulis komen anda di ruangan komen. Terima Kasih.

Myinfokerja.com

Leave a Comment