Tuntutan pengeluaran i-Citra RM10,000 hanyalah solusi jangka masa pendek

i-Citra RM10,000 adalah solusi masalah kewangan pada jangka masa pendek

Pemuda UMNO mengakui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan simpanan hari tua untuk ‘survival’ rakyat namun tuntutan pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 adalah keperluan terdesak sebagai solusi jangka pendek supaya rakyat tidak terputus wang tunai ketika pandemik.

–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan

Intipati kenyataan berita

  • Jutaan rakyat yang hilang punca pendapatan akibat pandemik sama ada diberhentikan kerja, dicutikan tanpa gaji, perniagaan lingkup dan pendapatan gaji hari yang terencat, memberi kesan kepada keupayaan rakyat untuk berbelanja sekali gus mengakibatkan aliran tunai dalam ekonomi terjejas teruk.
  • “Rakyat terdesak untuk bayar komitmen bulanan seperti sewa rumah, ansuran kereta, bil-bil utiliti, kad kredit dan lain-lain pada masa sama tertekan untuk penuhi tuntutan perut, keperluan dapur keluarga, keperluan persekolahan anak-anak (PdPR) dan sebagainya,” kata Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.
  • Tuntutan pengeluaran i-Citra hanyalah akan membantu rakyat pada jangka masa pendek, oleh itu cadangan dalam membantu rakyat meneruskan hidup dan menyeelsaikan amsalah kewangan hendaklah diperhalusi.
  • Dalam pertemuan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan pada Selasa lalu, ada beberapa cadangan dikemukakan Pemuda UMNO untuk menangani isu menampung kembali kelompongan simpanan KWSP akibat pengeluaran musim kecemasan.
  • “Cadangan adalah seperti meningkatkan kadar caruman wajib majikan untuk tempoh tertentu dan memperluaskan caruman ‘mandatory coverage’ termasuk kepada sektor informal seperti Gig ekonomi,” ujarnya.
  • Selain itu, Asyraf Wajdi berkata, pihaknya turut mencadangkan kepada kerajaan untuk berusaha mendatangkan solusi jangka sederhana dan panjang termasuk menyediakan bantuan tunai (cash transfer) yang secukupnya kepada rakyat dalam Belanjawan 2022 nanti.
  • “Ia selain mencipta peluang-peluang pekerjaan baharu untuk anak-anak muda termasuk skim jaminan pekerjaan dan mengupayakan kembali projek-projek infrastrukur berskala besar yang mempunyai kesan gandaan ekonomi (multiplier effect) bagi segera merangsang pertumbuhan dan peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya.

Sumber: SinarHarian

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.

Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.

–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih

TELEGRAM MYINFOKERJA

TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

WHATSAPP MYINFOKERJA

GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA

Leave a Comment