I-Citra KWSP Info Permohonan
I-Citra KWSP Info Permohonan dan Pengeluaran i-Citra diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
Siapakah yang layak memohon?
Ahli KWSP yang berumur 55 tahun ke bawah, termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap; dan mempunyai jumlah simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Walau bagaimanapun, mereka berkemungkinan akan berdepan dengan risiko menggunakan syer kerajaan yang perlu dikembalikan kepada kerajaan kelak jika Anggota perkhidmatan awam boleh memohon i-Citra.
Pengeluaran Wang I-Citra KWSP
Amaun kelayakan pengeluaran wang adalah sehingga maksimum RM5,000 dan Bayaran bulanan akan dibuat sehingga lima (5) bulan.
Bayaran yang ditetapkan adalah RM1,000 sebulan atau tertakluk kepada jumlah baki simpanan serta bayaran minimum adalah RM50sahaja.
Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1 dan Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan yang diproses setelah ditolak bayaran i-Sinar yang akan datang (jika ada).
Ilustrasi bayaran amaun pengeluaran seperti di bawah:
Amaun bayaran dibundarkan ke bawah kepada nilai puluh terdekat. Dan perlu diketahui, Bayaran pengeluaran ini tidak menjejaskan bayaran bulanan i-Sinar ahli yang masih berjalan.
penggunaan simpanan Akaun 2 dan Akaun 1?
Bayaran i-Citra akan menggunakan sepenuhnya simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu. Sekiranya ia tidak mencukupi, simpanan dalam Akaun 1 akan digunakan.
Ilustrasi penggunaan Simpanan Akaun 2 & 1 seperti di bawah;
Maklumat Lanjut
Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my
Ask ELYA di laman web rasmi KWSP
Media sosial rasmi KWSP (Facebook | Twitter | Instagram)
Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Lihat di sini : Cara Daftar TikTok Shop Career Salary
Lihat Juga : Permohonan Bantuan Warga Emas Terkini Julai 2022