Caruman baharu pengeluar i-Citra, i-Sinar dikreditkan ke akaun 1 KWSP
Caruman baharu diterima oleh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran dana akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya hingga keseluruhan jumlah pengeluaran diambil dapat diganti semula.
–> Sila baca Senarai Bantuan Kerajaan Oktober 2021 – tarikh bayaran & cara permohonan
Intipati kenyataan berita
- Caruman baharu diterima oleh ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang membuat pengeluaran dana akan dikreditkan dahulu ke Akaun 1 sepenuhnya hingga keseluruhan jumlah pengeluaran diambil dapat diganti semula, kata Timbalan Menteri Kewangan Mohd Shahar Abdullah.
- Setelah itu, beliau berkata, pecahan caruman akan kembali kepada 70 peratus ke Akaun 1 dan 30 peratus ke Akaun 2.
- “Ini adalah usaha kerajaan untuk menambah baik simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui skim i-Sinar dan i-Citra untuk meringankan beban ditanggung berikutan impak pandemik COVID-19,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.
- Beliau berkata berdasarkan statistik semasa dan mengambil kira pengeluaran skim i-Sinar dan i-Citra, hanya 27 peratus daripada ahli aktif berumur 18 hingga 55 tahun dijangka mempunyai simpanan dalam Akaun 1 melebihi kuantum simpanan asas yang ditetapkan mengikut umur.
- Beliau menjawab pertanyaan soalan tambahan oleh Datuk Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) mengenai usaha kerajaan dalam memastikan simpanan KWSP dalam Akaun 1 mencukupi untuk menampung keperluan asas selepas persaraan.
- Sebelum itu, Shahar memberitahu Dewan Rakyat bahawa kerajaan juga terus meneliti kaedah-kaedah lain untuk memastikan Jaringan Keselamatan Sosial persaraan rakyat dapat kembali ke tahap sepatutnya.
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih