KWSP tidak menerima idea i-Ceria
Buat masa ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak bercadang membenarkan lagi pengeluaran oleh pencarum menerusi idea i-Ceria dilontarkan Ahli Parlimen semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, apa yang utama sebagai pengurus dana persaraan adalah memenuhi mandat untuk membina semula simpanan hari tua pencarum.
–> Sila baca Tarikh Bayaran Terkini Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia RM2,000 Keluarga B40 2022
Intipati berita hari ini
- Menurutnya, tempoh bagi tiga skim pengeluaran sudah pun berakhir iaitu i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
- “Tiga skim itu sudah pun berakhir (kemudahan pengeluaran terakhir adalah i-Citra pada bulan lalu).
- “Adalah penting bukan hanya melihat kepada permintaan itu (idea i-Ceria) tetapi juga konteks utama KWSP seperti yang saya bentangkan iaitu mengutamakan bekalan simpanan untuk pekerja yang sudah bersara.
- “Kita faham apabila kita terima desakan. Tetapi kena ingat mandat diberikan kepada KWSP mengikut akta adalah menolong ahli mencapai simpanan untuk hari tua,” katanya pada sidang media selepas membentangkan prestasi kewangan KWSP 2021 selain mengumumkan dividen, di sini, hari ini. Amir Hamzah berkata, data pekerja dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sudah pun memasuki fasa pemulihan ekonomi.
- “Saya harap kita tak payah keluar lagi (mengeluarkan KWSP sebelum tempoh masa bersara). “KWSP akan terus fokus dengan mandat untuk membina simpanan hari tua pencarum. “Peranan kita adalah memudahkan kehidupan ahli sewaktu persaraan,” katanya.
- Terdahulu dalam pembentangannya, beliau turut menjelaskan pengeluaran KWSP yang sudah dibuat ahli dalam tempoh pandemik Covid-19. Katanya, ia membabitkan RM20.8 bilion pengeluaran i-Lestari bagi tempoh April 2020 hingga Mac 2021. “i-Sinar berjumlah RM58.7 bilion bagi tempoh Januari hingga Disember 2021 dan i-Citra berjumlah RM21.4 bilion untuk tempoh Julai 2021 hingga Februari 2022.
- Menurutnya, kesan pengeluaran awal KWSP itu adalah agak membimbangkan kerana ramai ahli berisiko hidup dalam kemiskinan sewaktu persaraan. “Orang tua tak cukup simpanan untuk bekalan perbelanjaan menjalani kehidupan seharian yang menjadi kebimbangan kami di KWSP.
- “Malaysia negara menua atau akan mempunyai jumlah warga tua yang ramai. “Penting setiap daripada kita mempunyai sekuriti simpanan untuk digunakan selepas persaraan atau sewaktu tidak lagi bekerja bagi menjana pendapatan,” katanya.
(sumber: HMetro)
Maklumat Lanjut
Bagi maklumat lanjut, sila layari laman web kerajaan yang sahih di sini.
Dalam pada itu, rakyat Malaysia amat memerlukan bantuan di waktu pandemik ini. Diharapkan rakyat Malaysia mendapatkan semua informasi tentang bantuan kerajaan yang layak diterima. Jangan lupa untuk beritahu rakan-rakan dan keluarga anda supaya semua boleh menerima bantuan yang telah disediakan kerajaan yang boleh didapati di Portal Manfaat.
Layari MyInfoKerja bagi maklumat-maklumat terkini berkaitan bantuan kerajaan dan isu semasa.
–> Sila baca Semak Bantuan Barang Dapur RM100 Setiap Isi Rumah Guna MyKad | PRIHATIN Kasih
TELEGRAM INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
GROUP WHATSAAP INFO BANTUAN, KERJA KOSONG DAN ISU SEMASA
KHAS UNTUK PEMBACA BERTUAH
Shope tengah buat sale sekarang
klik disini — promosi shope terlajak murah